Skip to content

Album Hafiz Muncul 7 Julai Ini

25 June, 2009

KL, 24 JUN 2009: Hai, banyak betul kiriman e-mel yang Murai Batu terima daripada peminat yang ingin tahu bila album  Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz, akan muncul.

Semuanya nampak gaya tidak sabar-sabar lagi menunggu album itu selepas menikmati single pertama Hafiz, Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan penulis lirik Ad Samad.

Haaa, terlanjur sebut pasal Ad Samad tu, Murai Batu nak mencelah sikitlah bahawa Ad Samad akan bernikah dengan penyampai dan pelakon Dang Suria Zainordin, hujung Jun ini. Ia bukan lagi masih jelas malah sudah terlalu jelas mereka nak berkahwin sebab Ad Samad telah mengakui perkara itu kepada Murai Batu. Tahniahlah, kalau buat kenduri, jangan lupa panggil Hafiz nyanyi!
Baiklah, berbalik kita kepada cerita Hafiz sendiri, selain lagu Masih Jelas, Hafiz juga khabarnya sudah merakamkan 4 lagi lagu ciptaan beberapa komposer handalan seperti M Nasir dan Ajai untuk album itu.

Murai Batu difahamkan, ia sebenarnya album yang istimewa kerana selain banyak lagu-lagu Hafiz dimuatkan, ia juga memuatkan lagu bonus single kesemua finalis AF7 iaitu lagu nyanyian Akim, Aril, Isma dan Yazid versi studio. Waa kira untunglah, beli album Hafiz dapat bonus lagu-lagu lain. Ia lebih menjimatkan atau ekonomik katakan.

Bila nak dipasarkan?

Oh ya, hampir terlupa pula Murai Batu. Tarikhnya menurut sumber Astro adalah 7 haribulan 7. Amboi bersempena AF7 ke? Kelas gitewww!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: