Skip to content

Saya tak mabuk! – Ayu

25 June, 2009

DIA sendiri tidak tahu kenapa dirinya kini diterjah kontroversi bersiri. Bermula dengan penampilannya yang dikatakan tidak kena atau tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang artis hinggalah kepada gosip yang mendakwa dia mempunyai masalah disiplin sehingga menyusahkan pihak lain.



Hal ini berlarutan setahun lalu, sejak penyanyi berwajah hitam manis ini bergelar juara program realiti One In A Million musim kedua (OIAM2).

Terbaru, ada khabar angin mengatakan Norayu Damit atau Ayu menghabiskan wang kemenangannya itu dengan berfoya-foya di kelab-kelab malam bersama teman-teman. Paling tidak enak didengar, Ayu didakwa mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di depan khalayak.

Bertanyakan mengenai hal ini kepada Ayu, penyanyi kelahiran Sabah ini tidak lagi melatah seperti awal kemunculannya dahulu.

Gadis ini lebih bijak menyusun kata-katanya dan menjawab dengan tenang tanpa menunjukkan mimik muka marah.

Menafikan dirinya mabuk, Ayu mengakui dia pernah berkunjung ke kelab malam tetapi tidak pernah melakukan perkara yang terlarang itu.

“Fakta mengenai saya mabuk tidak benar langsung. Saya ada terbaca di akhbar mengatakan saya mabuk di sebuah kelab malam popular.

“Padahal saya tak pernah ke sana pun memandangkan ramai golongan media mahupun penggiat-penggiat seni yang lain ada di tempat itu, pasti orang akan buat andaian buruk jika saya di sana.

AYU menegaskan dia masih berpijak di bumi yang nyata.



“Benar, saya pergi ke kelab malam, itupun jika teman-teman menyambut hari jadi di sana atau saja nak hilangkan tekanan, tetapi bukan minum alkohol sampai mabuk. Saya tak joli duit untuk perkara yang tidak berfaedah itu.

“Saya tak akan buat perkara sebegitu kerana saya masih berpijak di bumi yang nyata. Saya ada keluarga, takkan saya mahu memalukan ibu bapa saya di kampung dan nama label juga perlu saya jaga,” tegasnya.

Menurutnya lagi, dia hairan kenapa dirinya sering dikatakan lupa diri dan tidak berdisiplin. Bagi Ayu, biarpun bergelar selebriti, dia tidak pernah merasakan dirinya seorang artis atau mempunyai perbezaan diri berbanding orang sekelilingnya.

Malah, pengalamannya bekerja di lounge sebelum bergelar penyanyi dan menyedari asal-usul dirinya sebelum ini membuatkan dia tidak pernah berasa bongkak.

“Sejak saya bergelar seorang penyanyi sehinggalah ke hari ini, saya sedar siapa saya. Kenapa perlu saya lupa diri? Sedangkan kehidupan ini ibarat roda, kadang-kadang kita berada di atas dan kadangkala berada di bawah.

“Mengenai disiplin pula, jika orang kata saya lewat ke sesebuah majlis atau persembahan, bagi saya tidak boleh salahkan sesiapa kerana membabitkan ramai pihak.



“Kadang-kadang saya datang awal. Tetapi memandangkan pihak pengurusan saya ada kerja yang perlu dibereskan, saya terpaksa menunggu mereka, barulah kami bergerak bersama ke lokasi yang sepatutnya.

“Jika saya bersendirian tanpa pihak pengurusan, saya akan pastikan sampai ke lokasi setengah jam awal, takut nanti orang fikir yang bukan-bukan,” katanya berterus -terang.

Hampir dibawa balik ke Sabah

Bila terlalu banyak cerita yang tidak enak diperkatakan, ibu bapa mana yang dapat senang duduk. Ayu terpaksa berhadapan dengan ibu bapanya pula bila terlalu banyak kontroversi dikaitkan dengannya.

Sehingga di satu tahap, Ayu dimarahi dan dipaksa pulang ke Sabah untuk menjalani kehidupan yang normal.

“Bayangkan, masa itu saya sibuk berlatih untuk pertandingan akhir sebuah anugerah yang besar, saya dimarahi dengan mak dan ayah. Sampaikan mak saya kata, ‘Kau ikut aku balik sekarang!’.

“Masa itu saya cuak, tak tahu nak cakap apa. Takkan saya nak tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini.”

Tapi bila saya cuba menjelaskan hal sebenar dan memberitahu kepadanya tentang selok-belok dunia hiburan yang kadang-kadang terpaksa kita menahan telinga dengan cemuhan orang, mak saya mula faham.

“Sejak hari itu, setiap kali ada isu buruk tentang saya, dia akan menghubungi saya dan meminta saya perjelaskan hal yang sebenar,” ujarnya yang tinggal bersendirian di kota metropolitan ini.

Memang pada awalnya, Ayu agak tertekan dengan tohmahan yang diterimanya. Namun, tekanan itu semakin diabaikan dan membiarkan ceritanya pergi.

HAMPIR tidak jadi menyertai APM 2009 kerana menghadapi kesukaran untuk membuat pasport.



“Saya dah lali bila seringkali gosip tak baik timbul tetapi saya ambil setiap kontroversi itu secara positif. Biasalah, kadangkala kita tidak perasan kelakuan kita itu boleh menyinggung perasaan orang lain.

“Bila gosip itu timbul, maksudnya masih ada lagi orang menyayangi saya. Saya akui, ada beberapa gosip mengenai saya itu benar tetapi tidak 100 peratus. Cuma 50 peratus daripadanya yang betul dan selainnya itu sekadar tokok tambah sahaja.

“Apapun, setiap kritikan iu saya jadikan sebagai pengajaran dan cuba memperbaiki kesilapan kerana saya tak mahu, kerana saya orang lain pula yang susah,” katanya.

Dugaan sebelum APM

Dalam pada itu, Ayu tidak pernah lemah dengan kontroversi yang terlilit pada dirinya.

Sebaliknya, setiap hari Ayu akan bangun dan memperbaiki diri untuk lebih maju dalam bidang muzik. Kerana itu, tawaran mengadakan persembahan tidak pernah putus dan apa yang membanggakan bagi seorang artis yang baru setahun jagung, Ayu sering tercalon untuk pelbagai jenis anugerah.

Bagi Anugerah Planet Muzik (APM) yang akan berlangsung pada 18 Julai depan di Jakarta, Ayu turut mendapat pencalonan bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu bagi Artis Baru Wanita.

Satu pencapaian yang baik untuknya dan perasaannya begitu teruja kerana inilah pertama kali Ayu tercalon dalam APM.

“Rasa teruja sangat bila tercalon, apalagi bila dapat membuat persembahan di pentas APM. Saya rasa ini satu peluang yang besar untuk saya memandangkan bukan hanya orang Malaysia yang menyaksikan saya, tetapi juga Indonesia serta Singapura.

“Laluan ini juga membuatkan saya mahu memberikan persembahan yang terbaik. Mana tahu, kerana APM, laluan karier nyanyian saya lebih jauh,” kata Ayu yang popular dengan lagu barunya, Inspirasi Abadi.

Bagaimanapun, di sebalik menanti detik kemunculannya pada APM, terdapat kejadian yang tidak dapat dilupakannya.

Oleh kerana tidak pernah keluar dari lingkungan kawasan Malaysia, Ayu perlu membuat pasport sebelum ke tanah seberang. Namun, elbagai rintangan yang perlu dilaluinya sebelum mendapat buku kecil itu.



“Rasa macam saya hampir tak jadi pergi APM gara-gara masalah pasport. Masa sampai ke tempat imigresen bersama pihak pengurusan, kami memerlukan pengesahan daripada kerajaan negeri Sabah sebelum membuat permohonan pasport dan ia mengambil masa lima hari.

“Kemudian pihak imigresen nak surat beranak saya pula. Masa itu kami dah pening sebab surat beranak itu tiada di tangan saya, tetapi ada di kampung.

“Nasib baiklah saya teringat yang saya ada saudara yang bekerja dalam imigresen dan meminta bantuannya untuk mempercepatkan proses permohonan pasport. Pada masa sama, pengurus saya juga memohon membuat pasport. Tapi yang kelakarnya, orang yang menguruskan pasportnya pula buat hal.

“Dia suruh saya nyanyi dahulu. Saya pun apalagi, nyanyi sajalah. Habis semua orang pandang. Ia satu pengalaman yang agak tertekan tetapi kelakar,” seloroh Ayu.

2 Comments leave one →
  1. Lonelygurlz permalink
    25 June, 2009 am

    yahuuu!!!!mira first bg komen….

  2. puteriaquarius81 permalink
    25 June, 2009 am

    congratz…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: