Skip to content

Jangan Salah Sangka Terhadap Yassin

26 June, 2009

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2009: Isteri penyanyi Yassin (Mimpi Laila, Salasabila), Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain, 31, menafikan suaminya itu kini berada dalam keadaan tertekan dan menghadapi masalah mental sehingga dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.



“Sebagai isteri, saya lebih tahu keadaan suami saya. Dia tidak mengalami sebarang masalah dan kehidupan kami macam biasa sahaja. Semua itu hanya andaian dan gosip semata-mata,” kata Eena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gosip yang mendakwa Yassin, 34, sedang mengalami tekanan sehingga menulis perkataan tidak senonoh di dalam laman blog Facebook beliau, baru-baru ini.
Eena yang juga bekas wartawan hiburan New Straits Times (NST) dan anak saudara kepada Cikgu Fatimah Abu Bakar, berkata, dia sentiasa berada bersama Yassin dan suaminya itu tetap aktif mencipta lagu-lagu seperti biasa.

“Tak mengapalah, kita memang tidak boleh tutup mulut orang. Kalau kita mampu tutup, saya percaya dunia ini akan menjadi senyap sunyi. Tunggulah, kami akan keluarkan satu kenyataan media rasmi untuk semua teman-teman wartawan tidak lama lagi.

“Tujuan kenyataan media rasmi itu adalah untuk menjelaskan keadaan sebenar dan biarlah ia dijelaskan dengan sama rata,” katanya yang berkahwin dengan Yassin pada 2003.

Apabila ditanya di manakah Yassin ketika itu, Eena berkata dia sedang sibuk melayan anak kecil mereka dan begitulah keadaannya kalau Yassin berada di rumah.

Sebelum ini tersebar gosip mengatakan Yassin mengalami masalah stress dan tekanan mental sehingga dia terpaksa dibawa ke sebuah hospital di ibu negara untuk mendapatkan rawatan. Kemudian penyanyi itu dikatakan menulis dengan bahasa yang kurang enak di ruangan status, laman blog Facebook beliau.

“Bagi saya apa yang Yassin catat dalam status Facebook itu adalah luahan rasa dan apa yang terlintas di fikirannya. Saya rasa sesiapa saja yang ada Facebook akan melakukan perkara serupa. Tapi disebabkan Yassin menulisnya, ia menjadi satu isu. Lagipun setahu saya, dia tak menulis kata-kata yang mengutuk atau mencarut. Saya senang saja, kalau tak suka jangan baca. Tutup cerita.

“Bagi saya artis juga adalah manusia biasa. Mereka punyai perasaan. Kadang-kadang dia rasa macam ini, kadang-kadang mereka rasa macam tu. Samalah juga seperti suami saya. Dia hanya menulis apa yang dirasainya,” ulas Eena.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: