Skip to content

Konsert amal Hijjaz, UNIC

26 June, 2009

BERHIBUR sambil beramal. Begitulah matlamat Jawatankuasa Pengurusan Dewan Undangan Negeri Dusun Tua yang menganjurkan Konsert Amal Hijjaz dan UNIC yang akan diadakan di Stadium Kajang, esok (27 Jun), jam 9 malam.

Konsert itu bertujuan menyediakan hiburan alternatif bermanfaat di samping menjana tabung sekolah agama rakyat di bawah seliaan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Pengerusi konsert, Mohd Sany Hamzan berkata, berkonsepkan hiburan bermanfaat, program itu diharap dapat merangsang masyarakat untuk menyertai program yang lebih terkawal dari segi persembahan dan adab sopan serta dapat memberi faedah kepada pengunjung dalam memberi kesedaran sosial dan kemasyarakatan.

“Bersesuaian konsep konsert sambil beramal, harga tiket dijual semurah RM5 dan setiap RM2 dari harga tiket akan disumbangkan kepada pihak sekolah yang membeli tiket itu.

“Dengan inisiatif seperti ini diharap pihak sekolah dapat membantu mengisi tabung sekolah mereka sendiri serta dapat menjalankan program yang lebih bermutu untuk pelajar mereka.

“Uniknya, tiket konsert dijual secara bergerak apabila pada setiap banting yang digantung di kawasan sekitar Hulu Langat, Kajang dan Bangi tertera nombor telefon wakil jualan tiket di setiap kawasan itu dan mereka akan terus menghantar tiket yang ditempah,” katanya.

Penganjur mensasarkan kutipan bersih untuk diagihkan kepada semua sekolah agama itu RM30,000 hingga RM40,000. Promosi giat dijalankan dan jualan tiket amat memberangsangkan. Konsert amal ini sudah dua kali diadakan dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Mengenai pemilihan kumpulan Hijjaz untuk menjayakan konsert ini, pihak kami sudah lama menjalinkan kerjasama dengan mereka dan saya cukup tertarik dengan lagu yang mereka bawa.

“UNIC juga mempunyai keistimewaaan tersendiri dan diharap kerjasama kedua-dua kumpulan itu dapat menyemarakkan lagi persembahan pada malam konsert itu dan saya yakin konsert ini akan mendapat sambutan,” katanya yang merancang untuk menganjurkan konsert lebih besar selepas Aidilfitri ini.

Sementara itu ketua kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isa, berkata, pihaknya sentiasa bersedia bekerjasama menjayakan konsert amal sebagai sumbangan kepada masyarakat.

Katanya, konsert itu akan berlangsung selama dua jam dan mereka turut mengedarkan tabung kepada penonton untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.

“Kami pernah buat konsert amal di Singapura dan serentak mengedarkan tabung. Tak disangka apabila dikira hasil daripada kutipan tabung itu kami berjaya mengutip RM3 juta. Saya berharap kejayaan itu berulang pada konsert ini,” katanya.

Di samping aktif dalam bidang seni, Hijjaz juga dalam perancangan melebarkan perniagaan mereka dengan membabitkan diri dalam perniagaan pelancongan, menjual pakaian muslimah (lelaki dan perempuan) dan Kopi Barli Hijjaz.

Menerusi Hijjaz Legend & Tours Sdn Bhd, mereka menyediakan pakej umrah sepanjang tahun termasuk pada Rejab, Syaaban dan Ramadan ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: