Skip to content

Norman, Abby Makin Mesra Lepas Cerai

26 June, 2009

KUALA LUMPUR, 25 JUN 2009: Memang ia sesuatu yang ironik dan di luar jangkaan.  Rupa-rupanya ada rahmat di sebalik perceraian Abby Abadi dan Norman Hakim apabila hubungan mereka menjadi semakin baik, mesra serta dapat mengawal emosi masing-masing.

Perkara ini diakui oleh Norman sewaktu menjalani sesi videografi filem Botol Dalam Almari (dulu Anu Dalam Botol) terbitan Raja Azmi Sulaiman di pejabat JAS Sdn Bhd di Danau Kota, di sini, kelmarin.

“Saya sendiri tidak menyangka hubungan kami akan menjadi bertambah baik. Dulu bila tinggal serumah kami jadi panas, bertekak dan seterusnya bermasam muka. Tapi, sekarang ia jadi terbalik!
“Kami bukan saja boleh duduk berbincang tentang banyak hal terutama membabitkan anak-anak tetapi kami juga boleh membawa anak-anak keluar berjalan bersama-sama seperti apa yang kami lakukan sewaktu meraikan Hari Bapa, baru-baru ini.

“Bagi saya inilah satu keindahan yang sudah lama tidak saya kecapi. Mungkin, ia terjadi kerana kita berdua sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi dan tidak lagi ada prasangka macam dulu. Sebaliknya dulu, kami tertekan kerana perlu menjaga perasaan dan hati kami berdua kerana hidup berpasangan,” kata duda Melayu terhangat itu.

Menjawab soalan tentang bentuk fizikalnya yang semakin susut tetapi lebih tegap dan berotot, Norman berkata: “Saya jadi begini disebabkan terlalu banyak makan hati agaknya. Jadi untuk melepaskan segala apa yang terpendam dalam lubuk jiwa saya, saya selalu habiskan masa di gimnasium. Kira macam pergi release tensionlah.

“Cara itu nampaknya memang berkesan. Apabila banyak bersenam, fikiran dan tubuh badan saya menjadi semakin OK dan saya memang hendak jaga badan agar selalu fit,” katanya.

Sungguhpun begitu, apabila diusik soalan tentang hubungannya dengan Memey Suhaiza, Norman terus tersengih.

“Dah banyak sangat cerita pasal kami dulu. Cukuplah untuk saya memberi komen lagi sebab saya mahu hidup dengan tenang dan berfikiran positif,” pintanya.

Yang pasti, Norman dan Abby akan muncul dalam filem seram-thriller Skrip 7707 arahan Prof A Razak Mohaideen tidak lama lagi. Mereka buat pertama kali melakonkan watak sebagai suami isteri.

Hasil perkahwinannya dengan Abby, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim.

One Comment leave one →
  1. catalina permalink
    28 June, 2009 am

    pulak dah !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: