Skip to content

Ribuan peminat tangisi pemergian ‘Raja Pop’ Michael Jackson

26 June, 2009

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Michael Jackson

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

“Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya,” kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.

Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.

“Saya membesar bersama dengan Michael Jackson,” kata Puryear, 38. “Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya.”

Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.

Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia “berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka”.

Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969.

BERITA TERDAHULU

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar “Raja Pop” Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu ‘black and white’ yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti ‘Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: