Skip to content

Dang-Ad kekasih zaman sekolah

28 June, 2009

SENGAJA diatur temu ramah dengan pasangan ini di tempat berbeza kerana ingin cuba menyelami perasaan sebenar mereka.



Malam tadi sahlah sudah personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin, 37, menjadi pelengkap hidup komposer, Shahadrian Samad atau Ad Samad, 40. Mereka sebenarnya telah berkenalan sejak usia 17 tahun.

Bagi Dang Suria, Ad membuatkan dirinya berasakan hanya dia wanita yang wujud di dunia ini. Ad pula merasakan Dang adalah wanita yang menyatukan rasa simple dan kompleks.

Mengimbau kembali ke alam persekolahan, di situ perkenalan tercipta. Ad malah masih teringat kali pertama bertentang mata dengan Dang ketika Dang turun dari tangga sekolah. Kata Ad, Dang memang terkenal di sekolah.

Perkenalan semakin erat apabila mereka menubuhkan sebuah grup bersama. Walaupun berlainan sekolah, Dang di Convent Bukit Nanas dan Ad di St. John’s Institution, sesi jamming di mana Ad bermain gitar dan Dang Suria menyanyi, membuahkan perasaan cinta alam persekolahan.

Seni cinta dan seni muzik mereka dalami bersama namun hubungan enam bulan berakhir dengan perpisahan tanpa kata.

16 tahun satu jangka masa perpisahan yang lama. Mereka tidak cuba untuk menghubungi antara satu sama lain.

Dang berjaya sebagai personaliti televisyen. Dia kini menghiasi saluran Astro Awani. Manakala Ad terkenal sebagai pencipta lirik yang dinyanyikan artis-artis popular seperti Elyana dan Search.

Manusia merancang tapi Tuhan yang mentakdir. Pertemuan tak dirancang pada awal Januari lalu tiba-tiba menghidupkan semula bara cinta mereka. Diukur dengan kematangan dan pengalaman lalu, kali ini mereka tidak mahu perpisahan berulang.

Lalu dipilih tanggal 27 Jun sebagai tarikh termeterai perkahwinan. Tiada simbolik tarikh tersebut, cuma mereka rasa perkara yang baik harus dipercepatkan.

Ujar Dang: “Kami sebolehnya mahukan akad nikah sahaja kerana bagi kami yang lain itu cumalah budaya.

“Tetapi mengenangkan rakan-rakan yang banyak membantu dan teruja dengan pernikahan kami, maka resepsi dilakukan khas buat keluarga dan rakan terdekat.”



Ad pula mengakui momen yang manis dan bersejarah tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja.

“Ada rasa menyesal tumbuh daripada perpisahan lampau tetapi itu sudah ditakdirkan.

“Terfikir juga kenapa perlu buang masa tetapi saya faham inilah liku-liku perjalanan yang kami perlu tempuhi,” ujar Dang yang berdoa agar Ad adalah destinasi terakhirnya. Kata Dang lagi, dia sangat mengagumi minat membaca suaminya itu.

Ujar Ad pula, perjalanan seninya sejak awal telah dibuka oleh Dang. Malah Dang membuatkan dia tahu sumber inspirasi itu wujud.

“Dang seorang yang berseni. Dia sukakan pintu malah apa sahaja yang melibatkan pintu. Itu sedikit berbeza.”

Kini mereka mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Kemesraan gabungan anak-anak Ad, Umar, 11, dan Hamzah, 9, serta anak Dang Suria, Sara Kadeja, 8, sudah terjalin.

Cuma pinta kedua pasangan ini agar tidak dibuka kembali sejarah perhubungan silam kerana yang telah berlalu biarlah berlalu.

Jika ada yang tidak mempercayai cinta versi buku atau filem itu ada, maka ini adalah satu bukti kewujudannya.

Ad dan Dang Suria menyukai lagu Tunggu Sekejap nyanyian P. Ramlee.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: