Skip to content

Kumpulan muzik indie perlu adakan lebih banyak persembahan pentas – Amy Search

28 June, 2009

Katanya persembahan pentas yang lebih kerap merupakan usaha baik bagi kumpulan muzik itu untuk membantu meningkatkan mutu persembahan mereka.

Amy Search

“Selain dari membantu mereka menghilangkan rasa gemuruh di atas pentas, persembahan pentas akan membantu memperkenal kumpulan mereka kepada pencinta muzik.

“Lebih ramai orang melihat mereka dan menggemari muzik mereka dan ini baik bagi meningkatkan jualan album,” katanya yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam persembahan di pentas.

Amy atau nama sebenar Suhaimi Abd Rahman berkata kesan daripada persembahan pentas adalah lebih hebat daripada lagu mereka berkumandang di corong radio, kerana kumpulan pancaragam itu dapat berinteraksi dengan para peminat mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan persembahan dengan sebuah kumpulan muzik ‘Projek Pistol’ pada ‘Konsert Radio Rosak’, sebuah pertunjukan konsert amal bagi Tabung Gaza di Pasir Gudang, malam tadi.

Konsert itu juga menyaksikan persembahan beberapa kumpulan rock tempatan.Sejumlah RM15,000 dapat dikutip bagi tabung itu hasil jualan tiket dan sumbangan pihak swasta.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: