Skip to content

Siti: Konsert saya memang fesyen ‘show’

29 June, 2009

MENONTON Konsert Eksklusif ‘SATU’ Datuk Siti Nurhaliza bukan sahaja satu nikmat hiburan dari penyanyi bersuara lunak merdu nombor satu negara ini malah ia juga ibarat melihat persembahan fesyen.

Datuk Siti Nurhaliza cantik bagai bidadari. – foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

Selang beberapa buah lagu Siti pasti diserikan dengan aneka pakaian yang cantik dan menarik hati.

Semalam, Siti memaparkan enam pasang baju dengan pelbagai warna rekaan tiga pereka fesyen dalam konsert selama lebih dua jam itu.

Mereka adalah pereka Amir Luqman, Michael Ong dan Riezman Ruzaini.

Siti akui dalam setiap konsert yang dipersembahkannya, dia akan menggunakan banyak pakaian mengikut kesesuaian genre lagu.

“Setiap kali konsert Siti memang fesyen ‘show’ kerana lagu-lagu saya ada genre tradisional, pop dan balada,” kata penyanyi bersuara lunak ini.

Antara pakaian yang paling menarik yang ditonjolkan oleh Siti adalah baju kimono berwarna merah dan diletakkan kain satin merah sepanjang 80 meter dibelakangnya.

Jelas Siti, secara tidak langsung dia juga ada terlibat dalam mereka konsep setiap baju yang dipakainya termasuk baju rekaan Michael Ong itu.

“Saya perlu tengok juga sama ada hendak mengenakan pakaian yang macam mana seperti seluar atau tidak.

“Memang idea membuat baju kimono dengan kain panjang itu adalah idea saya.

“Pada mulanya saya nak terbang tetapi sebab kosnya agak tinggi, jadi kita gunakan idea itu.

“Pada saya, bukan senang untuk merealisasikan semua idea dan konsep persembahan itu kerana saya risau jika kasut tumit tinggi yang dipakai akan memberikan masalah sebab ada banyak lubang-lubang,” jelas Siti sambil tersenyum.

Senyuman Siti jelas menunjukkan yang dirinya betul-betul puas hati dengan konsertnya yang telah berlangsung sejak Jumaat lalu.

Ia juga seolah-olah penawar penat lelah Siti yang telah berlatih vokal, pergerakan dan stamina pada setiap hari.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan usaha selama sebulan sebelum ini. Ia berkat komitmen semua pihak termasuk penari, juru audio, juru cahaya, orang yang membuat props yang membuat yang termampu.

“Semuanya berjalan dengan baik tanpa ada masalah teknikal kerana semuanya membuat yang terbaik. Kita sentiasa cuba membaiki sedikit kekurangan yang ada,” luah pelantun yang sedang popular dengan lagu Di Taman Teman ini.

Disebalik kejayaannya, mungkin tiada yang tahu Siti telah mengalami penyakit ulser di tekak pada seminggu sebelum konsert berlangsung.

Berkat selalu makan ubat, Siti akhirnya berjaya menampilkan konsert solo buat kali kedua selepas dia mendirikan rumah tangga.

Sebelum itu, Siti pernah menjayakan Konsert Akustik di Singapura beberapa tahun lalu.

Ditanya tentang rahsianya yang berjaya mengekalkan vokal bertenaga ketika mengalunkan lebih 30 buah lagu medley dari album-albumnya, terang Siti, “Saya hanya menumpukan perhatian kepada latihan, berpantang minum ais dan membuat banyak ‘exercise’ di gym serta menari sampai malam.

“Alhamdulillah, saya takut juga sebab dah lama tak ‘perform’ ibarat ‘sharpener’ tumpul yang nak kena asah untuk tajam.”

Dengan konsert berkos lebih RM1 juta itu, Siti turut berharap untuk membina sebuah masjid atau surau dengan pulangan yang diterima untuk kutipan dana Yayasan Nurjiwa.

Yayasan ini merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjalankan kerja-kerja amal milik Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Bila sampai masanya nanti, saya nak membuat sebuah masjid atau surau untuk menunaikan hajat arwah abah.

Tapi saya tak janji bila akan ditunaikan kerana buat masa ini saya sedang berbincang dengan suami dan mak tentang lokasinya,” ujar Siti yang telah merancang untuk membina masjid sejak di awal dia bergelar artis lagi.

Menyentuh tentang perancangan lain, Siti berkata dia akan sibuk dengan pembikinan album bercorak kerohanian pada bulan puasa nanti dan selepas itu album duet bersama penyanyi Indonesia Kris Dayanti.

Dalam masa yang sama juga, Siti berharap semoga dia dapat melakukan konsert solonya selepas ini bergantung kepada pihak penaja.

“Kalau ada bagi ‘sponsor’ yang banyak, saya berhasrat untuk membuat konsert solo lagi selepas ini,” akhiri Siti yang tidak pernah lekang dari senyuman.

Konsert Eksklusif ‘SATU’ berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya di bawah arahan koreografer Pat Ibrahim.

One Comment leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    29 June, 2009 pm

    bdn siti nmpak lebar. tp tetap cantik. cuma stail tutup rmbt tu jer x sesueii.. senget sana senget sini.. huhuk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: