Skip to content

Fazura gembira pendakwa tak bantah pembebasannya

30 June, 2009

KUALA LUMPUR: “Saya sangat gembira dan bersyukur. Saya dah penat turun naik mahkamah selama lima tahun,” kata pelakon Fazura selepas pihak pendakwaan hari ini menarik semula permohonan membantah perintah pembebasannya berhubung tuduhan mencederakan seorang surirumah.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 25, kelihatan ceria dan tidak putus-putus tersenyum selepas prosiding di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah sebelum itu membatalkan permohonan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 23 September tahun lalu, yang membebas dan melepaskan pelakon itu daripada tuduhan mencederakan Geraldine Mariana Wong, 33, pada 1.20 pagi 19 Dis 2004 di sebuah kelab malam.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya Mazelan Jamaludin. Fazura diwakili peguam Fakrul Azman Abu Hasan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: