Skip to content

Fazura lega kes selesai

1 July, 2009

KUALA LUMPUR: “Saya lega dan bersyukur kerana sudah lima tahun saya ‘panjat’ mahkamah untuk kes ini. Kali ini betul-betul lega,” kata pengacara dan pelakon terkenal Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz dalam keputusannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan menarik balik rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan dan melepaskan pelakon Gol dan Gincu itu.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazlan Jamaludin.

Pada 22 September tahun lalu, Mahkamah Majistret membebaskan dan melepaskan Fazura, 25, daripada tuduhan mencederakan suri rumah, Geraldine Mariana Wong, 32, di Bar Luna, Pacific Regency Hotel and Apartments, Jalan Kia Peng di sini.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM2,000, jika sabit kesalahan.

Pemenang anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17), kini sibuk dengan siri promosi filem ‘Pisau Cukur’.

4 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    1 July, 2009 am

    moralnye … jgn pergi ke tempat2 cam gitu , balasan le tu ..

  2. Jojio permalink
    1 July, 2009 am

    Hati-hati next time…

  3. jelita permalink
    1 July, 2009 am

    btl 2…hati2 next time..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: