Skip to content

Syarikat berhati-hati ambil artis bermasalah

1 July, 2009

KUALA LUMPUR: Sikap berhati-hati syarikat produksi drama mungkin menjadi sebab sesetengah artis yang mempunyai masalah peribadi tidak diambil berlakon.

Syarikat bimbang jika stesen televisyen tidak senang dengan artis itu, mereka akan kerugian jika drama terbitan mereka tidak disiarkan.

Jurucakap sebuah syarikat produksi berkata, apabila perkara itu berlaku, sudah tentu syarikat produksi berdepan kerugian kerana kos yang tanggung bukan sedikit.

“Misalnya dalam kes Rosnah Mat Aris, ada syarikat produksi menanggung kerugian kerana penggambaran sudah dibuat tetapi secara tiba-tiba dia digam disebabkan kenyataannya dulu.

“Selain itu memang ada juga syarikat yang merujuk dulu senarai pelakon kepada stesen televisyen dan bergantung sama ada mereka bersetuju dengan nama pelakon itu ataupun tidak,” katanya.

Oleh itu, jurucakap berkenaan menasihatkan golongan artis supaya menjaga tingkah laku kerana sebaik melangkah masuk ke dunia glamor, kehidupan mereka sentiasa diperhatikan umum.

“Walaupun ia hanya kes peribadi dan tidak membabitkan karier namun kesilapan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan kerjaya mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ceria, Azlin Reza Azmi, menafikan pihak stesen televisyen menyenaraihitamkan artis tertentu yang berdepan masalah peribadi.

3 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    1 July, 2009 am

    mcm2

  2. Jojio permalink
    1 July, 2009 am

    Tu le kena jaga disiplane…

  3. puteriaquarius81 permalink
    1 July, 2009 am

    elok la tu.. artis yg bermaslh akan lbh disiplin lps ni coz tkut x dpt cari mkn.. ubah tingkah laku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: