Skip to content

Warga emas mati atas katil pondan

1 July, 2009

KUANTAN: Kelu lidah seorang pondan apabila pelanggannya, seorang warga emas pengsan secara tiba-tiba ketika mereka berada dalam bilik sewa sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, petang kelmarin.

ANGKAT...anggota polis membawa mayat warga emas <br>yang mati mengejut di rumah kedai di Jalan Tun <br>Ismail, Kuantan, semalam.
ANGKAT…anggota polis membawa mayat warga emas
yang mati mengejut di rumah kedai di Jalan Tun
Ismail, Kuantan, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 78 tahun dari Kubang Buaya ditemui mati di tempat kejadian dengan masih lengkap berpakaian.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang baru tiba di bilik sewa berkenaan berbaring di atas katil sambil memegang dadanya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan keadaan mangsa, pondan berusia 31 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu menghubungi rakannya meminta bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis dan ambulans.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak mengesyaki kematian mangsa akibat perbuatan jenayah berikutan tiada kesan cedera atau lebam pada badan mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum doktor mengesahkan punca kematian akibat serangan sakit jantung.

“Jenazah mangsa dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

5 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    1 July, 2009 am

    apsal warga emas bo ada kt situ .. mmm… dia buat apa hah? takkan tuuutttttttt …… itu la tua2 masih nk mengatal , buat malu je

  2. Jojio permalink
    1 July, 2009 am

    Minta di jauhkan lerrr…

  3. puteriaquarius81 permalink
    1 July, 2009 am

    aduhai mcm2 kejadian sekarang ni.. kalau dh tua dok la msjd. kita x tau ajal bila..

  4. jelita permalink
    1 July, 2009 am

    2 la pasai..saba je la.minta dijauhkan perkara2 tak baik ni..

  5. trAnsFormeRs permalink
    2 July, 2009 am

    laa apa kes….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: