Skip to content

3 pondan gagah

2 July, 2009

KUALA LUMPUR: Mereka berpakaian dan berperwatakan lembut persis wanita tulen. Namun, tiga pondan memeranjatkan seorang kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila meragut serta merompaknya.

Dalam kejadian itu, mangsa tidak menyangka mengalami detik cemas hampir lima minit apabila dirompak ‘wanita’ ketika berjalan bersendirian berhampiran Jalan Datuk Onn di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, wanita yang bertugas di Pusat Khidmat AADK Wilayah Persekutuan mendakwa sempat melihat tiga pondan berpeleseran berhampiran Bank Negara.

Sumber polis berkata, mangsa yang melintasi ketiga-tiga pondan itu bagaimanapun terkejut apabila beg tangan dipegang tiba-tiba disentap seorang daripada pondan terbabit.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba melawan dan mempertahankan beg tangannya itu dengan memegang erat talinya.

“Bagaimanapun, kejadian tarik menarik menyebabkan tali beg itu putus dan dirampas seorang daripada pondan terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mendapatkan beg tangannya itu bagaimanapun ditendang dan ditolak rakan pondan terbabit hingga terjatuh.

“Mangsa yang kesakitan hanya mampu melihat tiga pondan terbabit melarikan diri bersama beg tangan miliknya yang berisi telefon bimbit, wang tunai RM90 dan pelbagai dokumen penting.

“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian samun itu,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar disamun empat lelaki ketika berjalan berhampiran bangunan Sime Darby Jalan Raja Laut di sini.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun mendakwa dihampiri empat lelaki menaiki dua motosikal Yamaha 125Z dan RXZ.

Dua daripada penjenayah tiba-tiba turun dari motosikal sebelum merampas dompet mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, suspek sempat merentap dua rantai emas dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa berasal dari Kepong yang kerugian kira-kira RM2,300 kemudian membuat laporan polis,” katanya.

5 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    2 July, 2009 am

    sntiasa hati2 walau mana pun kita pg.. skrg ni duk umah pun x slmt ini kan pulak luar umah.. huhu

  2. Jojio permalink
    2 July, 2009 pm

    Nama pun dah jantan mau tak gagah…belakon jer lembut…

  3. catalina permalink
    3 July, 2009 pm

    tk pe … x berkat pun guna duit curi

  4. jed hijau permalink
    3 July, 2009 pm

    sutun…aaawwwww…!!!!

  5. trAnsFormeRs permalink
    5 July, 2009 am

    hmmm kesian dia 3 org nk lawan sorang lak 2……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: