Skip to content

‘IAMJETFUELshop’ semarakkan semangat Yuna berniaga

2 July, 2009

IAMJETFUELSHOP, itulah tajuk menarik sasaran terbaru Yuna! Nama itu juga yang menyemarakkan semangat juang Yuna untuk memperkembangkan perniagaannya dan membuat album terbaru.

Yuna mahu menumpukan kepada perniagaan, album dan persembahannya sekarang. -foto ihsan YUNA

Ditanya apakah maksud di sebalik nama kedainya yang menterjemahkan ayat ‘I am jetfuel’, penyanyi yang sedang popular dengan lagu ‘Dan Sebenarnya’ ini menjawab:

“Saya suka nama tu sebab ia seperti menaikkan semangat dan keyakinan kepada si pemakai seolah-olah dia dah ‘fueled up’ dan bersedia untuk apa-apa sahaja seperti I am fast..I am strong..I am jetfuel.”

Antara produk yang dijual di IAMJETFUELshop. -foto ihsan YUNA

Mula-mula secara online, kini penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau Yuna mula mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah kedai, IAMJETFUELshop di SS15, Subang Jaya.

Gadis berusia 23 tahun ini menjual produk seperti baju untuk remaja lelaki dan perempuan, aksesori, kasut serta beg buatan Malaysia termasuk yang diimport dari China dan Thailand.

“Sebelum ini, saya menjual produk ini menerusi blog iamjetfuelshop.blogspot.com tetapi kini saya telah menyewa sebuah kedai yang juga dijadikan pejabat syarikat saya.

“Kedai saya sedang diubahsuai dan akan mula beroperasi pada awal Julai ini,” kata Yuna selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yuna Room Records.

Mengenai harga produk, Yuna berkata harga yang ditetapkan boleh dikatakan agak berpatutan dengan barangan yang dijual.

“Kadar harga boleh dikatakan antara RM15 hingga RM100. Antara barangan yang dijual di situ adalah baju, jaket, seluar, beg tangan dan aksesori jenama Vintage, kasut serta alat permainan,” ujar anak tunggal dalam keluarganya ini.

Selain sibuk menumpukan kepada perniagaannya, gadis bertudung manis ini juga sedang dalam proses menyiapkan album sulungnya yang dijangka siap sepenuhnya dalam tahun ini.

“Sekarang, saya sedang dalam proses pra-produksi pembikinan album saya yang kami rancang siap dalam tahun ini tetapi ikut mana yang sempat.

“Antara lagu-lagu itu, ada yang saya buat dan ada juga lagu kolaborasi saya dengan artis indie, Hanafi yang akan bermain gitar dalam lagu itu. Tetapi belum pasti lagi kerana kami masih dalam perbincangan,” tutur Yuna.

Album sulungnya itu akan memuatkan tujuh buah lagu Inggeris dan tiga buah lagu Melayu ciptaannya.

Kini, Yuna bukan sahaja bergelar penyanyi, penulis lirik, komposer dan ahli perniagaan, malah dia juga telah menamatkan pengajiannya dan bakal bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada September ini.

Selain itu, Yuna yang tercalon dalam dua kategori iaitu Vokal Artis Baru Terbaik dan Artis Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 ini juga sedang memberikan komitmennya kepada ‘show’.

“Selepas saya habis belajar, saya mahu tumpukan kepada tiga perkara iaitu kedai, album dan persembahan yang banyak. Boleh dikatakan setiap hari saya mempunyai ‘show’,” akuinya.

Walaupun bakal mendapat segulung ijazah dalam bidang Undang-Undang, namun Yuna berkata dia belum bersedia untuk mempraktikkan apa yang dipelajarinya itu buat masa ini.

“Insya-Allah, saya akan buat (praktik bidang Undang-Undang) tetapi buat masa ini tidak tahu lagi kerana saya mahu fokus kepada muzik dulu.

“Lagipun, saya tengok lagi banyak tawaran dalam industri muzik. Saya belum terbuka hati lagi untuk praktik Undang-Undang. Saya cuba buat dan fokuskan kepada muzik dan bisnes dahulu,” jelas gadis yang bijak dan senang diajak berbual ini.

Dalam masa yang sama, Yuna sempat memberitahu tentang perancangan dan cita-citanya pada masa akan datang.

“Saya nak tulis lagu untuk filem atau sambung belajar dalam bidang muzik kerana minat saya lebih mendalam pada muzik.

“Saya berharap suatu masa nanti saya boleh memberikan sumbangan kepada khazanah seni negara,” akhirinya yang mengagumi bakat penyanyi dan penulis lirik dari Amerika, Fiona Apple

3 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    2 July, 2009 am

    bestnya ada bisnes sndiri… go go yuna.. wishing u all the best

  2. Jojio permalink
    2 July, 2009 pm

    Wish u good luck…

  3. catalina permalink
    3 July, 2009 pm

    bijak si yuna ni ‘buat duit’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: