Skip to content

Konsert ini kejayaan peribadi saya – Anuar Zain

2 July, 2009

IMPIAN yang telah lama dinantikan oleh Anuar Zain sejak bergelar penyanyi solo kira-kira 11 tahun lalu akhirnya terlaksana jua.

Anuar menyampaikan 21 buah lagu sepanjang kira-kria 2 jam konsert berlangsung

Malam tadi, penyanyi kacak ini membuka tirai konsert sulungnya, Lelaki Ini, di Istana Budaya (IB) yang akan berlangsung selama dua hari sehingga malam ini.

Konsert anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik KL 2009 ini turut diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi.

Ternyata persembahan yang memakan masa lebih kurang dua jam itu bukan saja berjaya memuaskan hati kira-kira 1,300 peminatnya, malah Anuar sendiri tersenyum lega sejurus berakhirnya konsert itu, meskipun akui agak tertekan sebelum konsert bermula gara-gara kesuntukan masa untuk membuat latihan yang lebih serta persediaan set pentas.

Konsert sulung Anuar di IB yang berlangsung sehingga malam ini dilihat mempunyai kelas tersendiri

“Alhamdulillah, dengan masa yang pendek untuk ‘set up’ semua, saya tetap bersyukur kerana pihak pengurusan dan IB sendiri telah memberikan bantuan yang lebih untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

“Memang kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk berlatih kerana ada beberapa pemuzik turut terbabit di dalam sebuah konsert lain sebelum ini. Saya hanya dapat berlatih dengan mereka sebanyak dua kali saja.

“Saya tidak nafikan memang agak tertekan kerana saya ingin lakukan yang terbaik untuk peminat. Tetapi apapun, saya tetap seronok dengan persembahan pembukaan saya pada hari ini. Dan saya amat berharap penonton juga akan turut berpuas hati,” kata Anuar dalam nada ceria.

Sepanjang konsert tersebut, Anuar telah menyampaikan sebanyak 21 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popularnya dan juga segmen khas yang mana penyanyi berusia 39 tahun ini mendendangkan lagu-lagu retro seperti Penantian yang dipopularkan oleh Harmoni, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits) dan Berdiri Seorang Perindu (Ibnor Riza).

Antara lagu hitsnya yang dipersembahkan pula ialah Sesuci Cintamu, Mungkin, Kain Pelekat, Bila Resah, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Teman Terulung, Permata, Ketulusan Hati, Perpisahan.

Menariknya, Anuar menyampaikan kesemua lagu tersebut secara penuh, tanpa diselitkan dengan segmen medley. Malah, tiada sebarang gimik mahupun penari digunakan, hanya kelantangan vokalnya sendiri yang menjadi ‘nadi’ utama konsert tersebut.

Penuh emosi…Anuar ketika menyampaikan lagu Perpisahan Yang Kau Pinta yang pernah dipopularkan oleh Flybaits

Turut kelihatan pada konsert tersebut ialah Datuk Sheila Majid dan Deja Moss yang hadir memberi sokongan kepada Anuar.

Melihat kepada sambutan hebat peminat-peminat sehingga tiket untuk konsert bagi dua malam itu habis dijual sejak dua minggu lalu, sekali lagi Anuar memanjatkan kesyukuran kerana kagum dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para peminat terhadap dirinya.

Malah, penyanyi ini juga mempunyai ‘strategi’ tersendiri sebagai satu cara untuk memastikan peminat masih sanggup membayar untuk menyaksikan konsert artis-artis kegemaran mereka.

“Setiap artis perlu ada hala tuju mereka sebagai penyanyi atau penghibur. Kalau boleh, kurangkan terlalu ‘expose’ atau terlibat di dalam konsert percuma jika kita ingin capai tahap di mana peminat sanggup bayar untuk lihat konsert kita.

“Tetapi, sejujurnya, ini merupakan satu kejayaan peribadi buat saya, apatah lagi ini adalah konsert pertama saya di Malaysia,” kata Anuar, sambil tersenyum.

Ditanya adakah dia turut mempunyai impian untuk mengadakan konsert dalam skala yang lebih besar, tutur Anuar, hasrat itu sebenarnya juga telah lama difikirkannya.

“Memang itu yang saya inginkan. Selama ini saya cuba mencari penaja untuk adakan konsert lebih besar, tetapi belum ada rezeki lagi nampaknya.

“Tapi itu tidak menghalang saya untuk terus mencuba dan hantar ‘proposal’ lagi,” katanya.

One Comment leave one →
  1. catalina permalink
    3 July, 2009 pm

    minat juga kt dia ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: