Skip to content

Stacy-Adam jamin lagu ‘Menggegar Dunia’ memang best

3 July, 2009

MEREKA bukan sahaja datang dari negeri dan program realiti yang sama iaitu Sabah dan Akademi Fantasi (AF), malah turut berkongsi minat dan kebolehan yang sama iaitu pandai menari sambil menyanyi.

Stacy telah merakamkan lagu duet ‘Menggegar Dunia’ dengan Adam.

Itulah Stracie Angie Anam atau Stacy yang merupakan bekas pelajar AF6 manakala Mohd Aizam Mat Saman atau Adam yang merupakan bekas pelajar AF2.

Gandingan mantap ini dipertemukan untuk menyanyikan lagu ‘Menggegar Dunia’ terbitan KRU Studios.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU itu merupakan lagu runut bunyi untuk dimuatkan dalam filem ‘My Spy’ yang juga terbitan KRU Studios.

Ditanya tentang lagu duet yang telah dirakamkan itu, Stacy, 19, lebih suka berkongsi tentang pengalaman yang manis ketika berduet dengan Adam.

“Saya berasa senang apabila berduet dengan Adam kerana kami sama-sama dari satu tempat dan konsep yang sama.

“Apabila saya menyanyi dengannya, saya berasa selesa kerana mudah untuk berkomunikasi dalam loghat Sabah.

“Lagipun, kami berdua jenis suka menari dan konsep yang sama. Jadi, dia selalu memberi idea semasa bekerjasama.

Stacy ketika majlis sidang media Anugerah Planet Muzik 2009, semalam.

“Lagu yang saya rakamkan ini begitu rancak, jadi seronok pula ketika menyanyinya bersama Adam.

“Saya jamin lagu ini memang ‘best’ dan tunggu sahaja kemunculannya,” kata Stacy yang turut merakamkan lagu duet dengan penyanyi dan komposer Ajai.

Hati-hati memilih pakaian

Ekoran ditegur akibat memakai pakaian seksi sehingga menampakkan pangkal dadanya ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang lalu, kini Stacy berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang dibuat oleh pereka fesyen.

“Masa ABP hari tu, ada yang perasan pakaian saya nampak seksi. Pada mulanya saya takut juga hendak memakai pakaian itu tetapi sebab dah terlambat, saya tak sempat nak tukar baju tu.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian. Takkan saya nak ‘tayang’ apa yang ada.

“Terima kasih kepada yang menegur saya kerana walaupun saya bukan beragama Islam, tetapi dalam agama Kristian juga tidak digalakkan untuk seksi,” jawab Stacy dalam nada tenang.

Bercakap tentang soal pakaiannya ketika membuat persembahan, Stacy berkata dia lebih selesa mengenakan pakaian yang ringkas dan tidak terlalu ‘terdedah’.

“Ketika menari, saya suka berpakaian ‘tutup habis’ lagipun saya akan memakai baju sendiri.

“Saya mementingkan keselesaan ketika membuat persembahan dan tidak pernah rasanya saya memakai pakaian terdedah kerana saya tidak akan selesa,” jelas adik kepada finalis Mentor, Chaq.

Harap Chaq terus bertahan

Mungkin tidak ramai yang mengetahui Chaq atau nama sebenarnya Camelluis De’lelli Anam, 20, merupakan abang Stacy.

Walaupun baru mula mengukir nama selepas kejayaan Stacy, namun menyertai dunia artis bukanlah sesuatu yang asing bagi Chaq kerana dia pernah menganggotai kumpulan Bad Boyz.

Kini, Chaq membawa haluan solonya dengan menyertai Mentor musim ketiga dan menjadi anak didik Ajai.

Stacy yang sentiasa mengikuti perkembangan abangnya dalam Mentor akan setia memberikan sokongan.

“Saya berharap semoga dia terus bertahan dan kekal dalam Mentor. Menang atau tidak, saya tetap anggap dia ‘ok’ kerana bukan mudah kita hendak mencari pengalaman memasuki program seperti ini.

“Mudah-mudahan dia kuatkan azamnya dan betul-betul hendak belajar. Saya nasihatkan dia tidak membuat sambil lewa,” luah Stacy.

4 Comments leave one →
  1. amy permalink
    28 October, 2009 pm

    saya hrp lgu menggegar dnia trus gempak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. amylia permalink
    30 October, 2009 pm

    aq cke stacy pye suare jewk……tap dye pye personal aq x cke sgt…..hehex….

  3. 12 November, 2009 pm

    mila gedik kerana nak rapah aril

  4. amiera permalink
    24 November, 2009 pm

    walaupown lagu niey ulang byk kali pown ttp x jemu…….. mmg best ark………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: