Skip to content

Nasib Zaiton Sameon

5 July, 2009

SEJAK dulu, Diva memang kasihan dengan nasib penyanyi Zaiton Sameon. Sejak terlibat dalam kemalangan, kehidupannya terumbang-ambing. Kadang-kadang kalau terserempak penyanyi yang terkenal dengan lagu Menaruh Harapan ini, Diva rasa sayu.

ZAITON SAMEON



Seingat Diva, kali terakhir Diva bertemu Zaiton ialah sewaktu majlis resepsi Mawi dan Ekin tahun lalu.

Tup-tup baru-baru ini, ada khabar dari Johor yang menyatakan Zaiton kini menetap di Kampung Pandan, Johor Bahru. Pelik. Kerana setahu Diva, Zaiton tinggal di Negeri Sembilan. Macam mana pula boleh menetap di Johor?

Menurut teman Diva, baru-baru ini dia pergi ke majlis perkahwinan temannya di sana. Tiba-tiba dia terpandang kelibat wanita seiras Zaiton. Kemudian tuan punya badan mengesahkan yang dia ialah Zaiton dan menumpang tinggal dengan adik iparnya di situ.

Malah pada majlis perkahwinan itu juga Zaiton beriya-iya nak menyanyi dan meminta bayaran RM50 sahaja.

“Kasihan aku tengok dia. Merayau-rayau seorang diri dan begitu bersungguh nak menyanyi. Tapi khabarnya dia tak jadi nyanyi sebab ada undangan menyanyi di tempat lain,” kata teman Diva lagi.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: