Skip to content

‘Tak susah cari lelaki’-Yasmin Hani

5 July, 2009

YASMIN HANI ISMAIL RICHARDSON, 30, selesa dengan gelaran solo di sebalik kisah di Internet kononnya dia perampas suami orang, mengandung sebelum nikah hinggalah bergaduh dengan teman baiknya sendiri, Sazzy Falak.

DON NAZAR (gambar kecil)



Gadis kacukan Melayu-Inggeris ini seorang yang sangat lasak.

Namun sewaktu diajukan soalan perihal perpisahan dengan bekas kekasih, Don Nazar, 26, yang dikenalinya selama tujuh tahun, dia mengalah. Don ialah bekas suami Haflin, pengacara Salam Bollywood.

“Saya sudah tidak mahu komen akan perpisahan saya dengan Don yang terjadi dua bulan lalu. Kami masih berkawan baik. Jadi saya lihat dia ‘kena’ dengan kawan-kawan dia dan itu seperti tidak enak untuk diteruskan,” pintanya melalui corong telefon.

Sibuk dengan jadual penggambaran program Geng Raya yang berkonsepkan ala Amazing Race, dia menunggu tayangan filem lakonannya, Gentayangan dan Dua Hati Satu Jiwa. Yasmin juga baru selesai menjalani penggambaran telemovie Cinta Organik untuk siaran RTM.

Dia yang semakin terkenal selepas menjadi pengacara program Muzik@Ria sebenarnya baru pulang daripada percutian.

“Sekarang kembali sibuk selepas bercuti selama beberapa minggu termasuk di Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan Pulau Besar.

“Saya memang gemarkan pulau kerana ketenangannya. Bagi saya pulau menghadiahkan damai melalui bunyi ombak dan pemandangan.

“Saya suka menyaksikan matahari dan bintang-bintang sewaktu berada di pulau,” ujarnya yang menganggap Pulau Perhentian seperti rumah keduanya.

Percaya kepada magis cinta? Mungkin kembali dengan bekas kekasih atau bertemu orang baru dalam hidup?

Sebenarnya semua itu terserah, seperti pepatah bahasa Inggeris ‘never say never’. Kita tidak tahu apa akan terjadi. Mungkin Tuhan mahu beri kita pengajaran.

Yang saya tahu kita tidak boleh terlampau membenci atau menyukai seseorang. Mungkin kalau kita benci, orang akan bertukar menjadi suka dan sebaliknya. Saya tidak kisah kalau nanti jodoh saya dengan cinta lama, mungkin teman lelaki terdahulu atau kawan baik atau jiran sebelah rumah.

Sesudah kembali solo, lelaki bagaimana yang akan anda cari?

Yang utama sekali lelaki itu pandai membuat saya ketawa kerana saya seorang yang suka ketawa. Dia juga haruslah cerdik dan terjamin. Maksud saya terjamin dan terjaga dari segi mental, emosi dan kewangan. Lelaki itu juga harus mempunyai hati yang baik dan menghormati orang lain.

Sukar dengan kerjaya sekarang untuk mencari kekasih di luar bidang penyiaran?

Saya tidak pernah susah untuk mencari pasangan hidup. Ini bukan soal kerjaya.

Perhubungan paling lama yang anda pernah lalui?

Lima tahun.

Anda jenis yang bagaimana kalau dalam perhubungan?

Susah nak cakap. Mungkin perlu tanya bekas kekasih saya atau kawan baik saya. Yang saya tahu saya sukakan perkara yang menggembirakan.

Saya tidak suka mencari gaduh atau memperbesarkan keadaan. Lebih suka berbincang dan tidak suka menjadikan satu masalah itu bertambah rumit.

Apa nasihat teman-teman baik, Aishah Sinclair dan Sazzy Falak?

Mereka banyak berdoa untuk saya. Mereka juga tidak sabar-sabar mahu saya masuk dalam kelab mereka – kelab isteri orang.

Tapi semua ini tidak perlu terburu-buru. Jodoh akan sampai juga. Mungkin Tuhan mahu lorong hidup saya begini. Mungkin saya harus belajar lebih dan perbetulkan banyak perkara.

Ramai yang rindukan anda beraksi dalam Muzik@Ria. Mungkinkah akan ada Muzik@Ria atau anda akan muncul dengan sesuatu yang berkonsepkan begitu?

Ya, memang ramai yang bertanyakan hal itu. Orang selalu nampak saya di rancangan Astro dan fikir saya dijaga Astro. Sebenarnya saya bebas.

Selepas Muzik@Ria, saya mahu muncul di saluran lain dan ingin orang tahu saya bukan di bawah pengurusan Astro. Kerjaya seni saya diuruskan Aquila Emas Sdn. Bhd.

Saya juga masih menunggu masa yang sesuai untuk menghasilkan beberapa program. Saya sukakan konsep seperti The Oprah Winfrey Show.

One Comment leave one →
  1. catalina permalink
    5 July, 2009 pm

    don weri byk lg jejaka2 malaya atau x malaya d luar sana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: