Skip to content

Elyana dimarah peminat

9 July, 2009

HUJUNG minggu ini, hari bahagia buat penyanyi Elyana. Mana tidaknya, dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya setelah sekian lama bercinta.

ELYANA



Marilyn ucapkan tahniah awal-awal kepada Elyana sebab tak menyorok kisah bahagia. Masa bercinta dulu dia memanglah ada main tarik tali dengan media, tetapi bila sudah sampai ke tahap hendak bertunang, awal-awal lagi dia sudah hantar SMS kepada team Kosmo!, jemput datang ke majlis dia.

Dalam gembira Elyana mencorak kehadiran hari pertunangannya, Marilyn dapat khabar kononnya banyak peminat Elyana kurang bersetuju dengan pilihan penyanyi itu untuk bertunang.

“Kenapa sudah hendak bertunang? Bukankah dia masih muda? Marilyn tolonglah bagi tahu Elyana, kami tak setuju dia kahwin muda. Kami tak nak beli lagi album dia kalau dia sudah jadi isteri orang, bencilah,” kata peminat berkenaan yang beria-ia kurang memberi restu terhadap hasrat penyanyi berkenaan untuk menamatkan musim solonya.

Alahai, artis bertunang pun salah ke? Marilyn tak sangka dalam dunia moden sekarang masih ada peminat yang berfikiran kolot. Kononnya jatuh bangun artis berdasarkan kepada status. Kalau Elyana kahwin sekalipun, adakah suara dia akan jadi tak bagus, atau dia sudah tak boleh menyanyi dengan hebat lagi? Tolonglah ubah sikit mentaliti tu ya. Tengok saja Siti Nurhaliza dan Sheila Majid. Kehebatan mereka lebit terserlah, bahkan jauh lebih berjaya sebagai artis selepas memilih untuk berkahwin.

2 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    9 July, 2009 pm

    tahniah pd elyana, jgn peduli pd peminat yg mcm tu masih ramai lagi peminat yg menyokong elyana .. don weri !

  2. puteriaquarius81 permalink
    9 July, 2009 pm

    apa la.. xkan nk kawin pun peminat yg tentukan.. cian elyana. toksah layan kerenah peminat yg mcm2 ni. itukan perkara baik. go go gurl..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: