Skip to content

Raisuddin, isteri dan bapa mertua diminta fail hujah ‘faraq’ nikah

9 July, 2009

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan pihak Raisuddin Hamzah, 52, dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 22, serta bapa mertuanya, Suberi Abdullah diminta memfailkan hujah faraq nikah pada 8 September ini.

Raisuddin Hamzah.

Selain itu, Suberi selaku perayu juga diminta untuk memfailkan hujah rayuan bertulis pada tarikh tersebut bilamana Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur tidak mempunyai kuasa untuk mendengar faraq nikah disebabkan kes ini melibatkan poligami.

Kedua-dua kes itu diputuskan oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad di hadapan peguam syarie kedua-dua belah pihak iaitu Nor Azmi Mohd. Arif dan Roshdan Rafie.

Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak tidak menghadirkan diri ke mahkamah.

Peguam syarie Nor Azmi Mohd. Arif di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, peguam syarie Nor Azmi yang mewakili pasangan suami isteri itu memaklumkan Fatimah telah memfailkan kes pengesahan dan pendaftaran nikah poligami di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 17 Jun lalu.

Pada 17 Jun lalu juga, mahkamah memutuskan Raisuddin ‘faraq’ perkahwinan (berpisah sementara) dengan Siti Fatimah.

Menurut Nor Azmi, kes faraq itu dipohon oleh Suberi kerana perkahwinan mereka diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah.

Permohonan faraq ini menghalang Raisuddin dan Fatimah daripada melakukan hubungan suami isteri.

“Perkahwinan mereka sah tetapi bapa Fatimah yang kata tidak sah kerana dia tidak menjadi wali anaknya.

“Oleh itu, bapanya telah memfailkan rayuan untuk mengesahkan perkahwinan mereka pada 17 Mac lalu di mahkamah ini.

“Ikutkan, rayuan telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur tetapi disebabkan Hakim Syarie tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikan kes ini, jadi kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah,” kata Nor Azmi.

Pada 7 April lalu, Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkhla, Thailand dengan Raisuddin pada 2 Januari 2007.

Pada 6 Februari lalu, hasrat Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila mahkamah menolak permohonannya itu.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Bapa Siti Fatimah, Suberi, 48, kemudiannya memfailkan permohonan untuk memfarakhkan perkahwinan pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.

Beliau membuat permohonan itu dengan alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan tentang perkahwinan itu.Sementara Raisuddin dan Siti Fatimah pula memfailkan permohonan balas bagi mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah yang sama.

One Comment leave one →
  1. catalina permalink
    9 July, 2009 pm

    mcm2 aih !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: