Skip to content

Sharifah Sofia akhiri zaman solo Oktober ini

11 July, 2009

LEBIH dua tahun mengenali hati budi jejaka berpangkal nama Syed itu, akhirnya pelakon Sharifah Sofea Syed Hussein yang mesra disapa Sofia ini yakin untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka kacukan Melayu-Jordan itu pada Oktober ini.

Sofia akui gembira bercampur gementar menantikan hari bersejarahnya Oktober depan

Dalam nada ceria, pelakon kelahiran Liverpool, England ini akui, perasaannya ketika ini bercampur-baur antara gembira dan gementar apatah lagi hari bersejarahnya itu akan berlangsung lebih kurang tiga bulan saja lagi.

Sambil enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis itu, kata Sofia, apa yang pasti, perkahwinannya itu akan berlangsung dalam suasana yang ‘simple’ dan cukup privasi tanpa liputan media.

“Memang kami merancang untuk mengadakan majlis ini secara tertutup. Ini adalah kehendak kami dan juga keluarga. Lebih kurang 500 tetamu akan dijemput yang rata-ratanya adalah ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat kami.

“Insya-allah, jika tiada aral melintang, majlis pernikahan akan diadakan di sebuah masjid di ibukota dan seminggu selepas itu majlis persandingan akan menyusul di sebuah hotel,” kata Sofia yang ingin merahsiakan dulu tarikh sebenar perkahwinannya itu.

Ketika ini, kata pelakon dan pengacara berusia 24 tahun ini, segala persiapan menjelang majlis tersebut sedang giat dibuat.

“Saya akan mengenakan baju rekaan Amir Luqman untuk majlis akad nikah dan resepsi. Konsep pelamin masih belum ditentukan, mungkin saya sendiri akan memberi idea untuk hiasan pelamin kelak.

“Tetapi, majlis perkahwinan kami tidak mempunyai tema tertentu. Mungkin hanya tema dari segi warna iaitu merah, biru dan putih. Apapun, saya ingin cuba jadikan ia sekreatif mungkin.

“Memang agak pening juga memikirkan tentang persiapannya, tambahan pula ketika ini saya juga sedang sibuk dengan penggambaran drama Nur Kasih dan selepas ini akan menjalani penggambaran sitkom Simpang Tiga pula,” kata Sofia.

Pada majlis akad nikah itu nanti, Sofia akan menerima sembilan buah dulang hantaran berbalas 11, manakala wang hantarannya pula masih belum ditetapkan.

Bercerita tentang jejaka berusia 30 tahun yang berjaya mencuri hatinya, kata Sofia, mereka sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Namun, pertemuan semula kira-kira dua tahun lalu telah membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka.

“Kami memang sudah lama kenal. Dia memang orang KL. Tetapi kami sudah tidak berhubungan sejak dia menyambung pengajian di Australia dalam tempoh yang agak lama.

“Kami bertemu semula setelah dia pulang dan tak sangka dalam temph singkat kami terus ‘dating’ dan mula nampak ada ‘chemistry’ antara satu sama lain. Saya gembira berada di sisi dia kerana saya boleh menjadi diri sendiri.

“Kami sering berkongsi saat gembira dan sedih…itu yang membuatkan hubungan ini cukup kuat. Dia juga sangat memahami karier seni saya dan adakalanya dia pula yang bertindak seperti pengurus untuk berunding tentang tawaran.

“Dalam tempoh kami menjalinkan hubungan ini, bapa saya sering juga bertanya bila kami nak berkahwin. Setelah berbincang, akhirnya keluarga dia datang merisik pada Mac lalu dan terus bertunang pada hari yang sama,” ujar Sofia menceritakan tentang bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Kata Sofia lagi, dia juga sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Bagi saya, umur bukan satu masalah. Saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Lagipun, tidak ada apa yang berubah kelak, cuma tanggungjawab saya sebagai isteri perlu dititikberatkan,” tuturnya.

Dalam pada itu, Sofia juga menyangkal jika ada tanggapan pihak-pihak tertentu yang merasakan dirinya memilih jejaka tersebut kerana dia berketurunan ‘Syed’ dan sesuai dengan dirinya yang berpangkal nama ‘Sharifah’.

“Keluarga kami tidak menekankan langsung tentang isu keturunan seperti ‘Syed’ dan ‘Sharifah’ ini. Bagi saya, dapat bertemu dengan lelaki yang berpangkal nama Syed ini adalah satu bonus saja.

“Saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk cari lelaki bernama ‘Syed’ saja, hanya semata-mata saya juga berasal dari ‘keturunan’ itu.

“Malah, saya rasa setakat ini pun hanya saya saja daripada ahli keluarga saya yang bertemu jodoh dengan golongan ‘Syed’ ini,” kata Sofia yang juga sedang menantikan tayangan filem terbaru lakonannya, Pisau Cukur.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: