Skip to content

Umie Aida akan berkahwin dengan ‘Datuk K’ tahun ini

11 July, 2009

MAJLIS merisik tanpa sebarang liputan media sudahpun berlangsung. Dan kini aktres jelita Umie Aida khabarnya sedang menghitung hari untuk melangsungkan pertunangan dan jika tiada aral melintang majlis perkahwinannya juga akan diadakan tahun ini juga.

Umie akan bertunang pada tahun ini juga.

“Insya Allah, kami merancang untuk bertunang tahun ini juga. Majlis kahwinpun kalau tidak ada apa aral akan dibuat tahun ini,” jelas Umie yang sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang usahawan bertaraf jutawan bergelar ‘Datuk’.

Kisah percintaan Umie, 32 tahun, langsung tidak dapat dihidu oleh media kerana artis ini sememangnya kuat berahsia. Tambahan pula, sebelum ini sudah beberapa kali dia gagal bercinta.

Majlis merisik antara Umie dan ‘Datuk K’, tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, telah selamat diadakan pada 17 Mei lalu dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Sebentuk cincin belah rotan telah disarungkan ke jari manis kanan Umie oleh bakal ibu mertua dan pasangan yang sedang menyelami hati masing-masing ini sudahpun membuat pilihan cincin pertunangan dan pernikahan.

“Alhamdulillah, Umie syukur kerana Allah jua yang tahu apa yang ada dalam hati Umie ini,” kata Umie yang dilahirkan dengan nama Umi Khalsum Rahmad Ali.

Umie, yang tidak berapa aktif berlakon sejak kebelakangan ini berkata dia tidak berniat untuk menyorok berita ini.

“Kami baru berkenalan. Terlalu awal untuk Umie bercakap lebih jauh. Mungkin ini yang dikatakan takdir.

“Umie pernah berkata hati ini belum lagi terbuka untuk memikirkan soal berumah tangga tetapi apabila ia datang, saya tidak mampu menolaknya,” katanya.

Mulanya, ibu kepada dua orang anak – Daniel dan Helmi, agak segan juga untuk menceritakan episod cinta antara dia dan pilihan hatinya.

Namun Umie mengalah setelah ditanya apakah yang membuat hatinya terbuka untuk menerima kehadiran ‘Datuk K’?

Bukan sedikit yang digosipkan tentang berapa kali Umie kecundang dalam percintaan hinggakan ditutup rapi pintu hatinya, mengenali sebarang lelaki untuk digelar kekasih. Tapi itu semua kisah dulu. Sekali air bah, sekali pantai berubah….

Kini hidup Umie kembali ceria dengan kehadiran seorang duda yang sanggup membalut luka hatinya.

‘Datuk K’ sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Sebelum ini, ‘Datuk K’ pernah berurus niaga dengan kakak Umie, aktres Erma Fatima dan abang iparnya, pengarah terkenal Bade.

Dalam banyak perkara, dia lebih matang dalam mengendalikan bahtera rumahtangga. Mungkin ini juga antara ciri-ciri yang menjadi pilihan Umie.

“Dia dah lama meminati Umie dan mengikuti setiap perkembangan Umie. Dia suka sikap Umie membesarkan anak-anak angkat…,” jelas Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun.

Kata Umie lagi, “Dia juga berani dan tidak mudah putus asa. Walaupun puas Umie katakan yang Umie tidak suka meneruskan hubungan dengan sebarang lelaki, dia tidak putus asa.

“Dalam usia Umie begini dan setelah melalui pelbagai pengalaman pahit bercinta, hati Umie bagai tertutup.

“I’m comfortable with my zone now,” jelas Umie yang sedang giat mengusahakan ‘Delicious Boutique Cafe’ di Damansara Perdana selama satu setengah tahun.

Umie tidak dapat menyembunyikan riak-riak bahagia di hatinya. Secara spontan, Umie menceritakan tentang bakal tunang dan suaminya itu.

“Dia sangat ‘low profile’ dan ‘simple’. Sikapnya yang simple itu yang membuatkan saya selesa dengannya,” jelas Umie mengenai pilihan hatinya itu.

Sepintas mengenang peristiwa silam di mana setiap cintanya patah di tengah jalan, Umie berkata, “kalau tidak ada jodoh tu, walaupun sayang bagai nak rak tidak jadi juga.”

Sambungnya lagi, “Kalau sudah ditentukan jodoh kita dengan itu, itulah kesudahannya….”

Ditanya persiapan pertunangan dan perkahwinan, Umie kata, “Dia pentingkan kesederhanaan yang sempurna…itu saja. Lebihnya saya serahkan pada orang tua. Baik kata mereka, baiklah.” Sebelum menamatkan perbualan, Umie berpesan kepada semua peminat setianya, “Harap semua doakan kebahagiaan Umie agar menempuh alam perkahwinan.”

3 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    12 July, 2009 pm

    x heran la bab dia nk kawin tu tp yg aku gerun tu umie pakai bj LV siohhh ! adakah bj LV kt pasaran (sesapa tlg xplain kt aku) yg selalu aku nampak beg tgn ja ..

    • puteriaquarius81 permalink
      16 July, 2009 am

      hmm aku pun musykil gak.. cntik la.. tp rasanya x heran la catalina, almaklum artis kan biasa ke luar negara… x mustahil kan.. kt sini mmg x penah plak jmpa stkat ni

  2. 14 September, 2009 am

    boleh tahu tak apa email umie Aida atau Erma Fatima

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: