Skip to content

Aksi kucing sarkas

12 July, 2009

Selepas tiga tahun memperkenalkan persembahan sarkas kucing, Samantha Martin belajar banyak perkara mengenai haiwan ini. Ia bijak tetapi tidak profesional.

SALAH satu aksi Acro-Cats.



MELOMPAT ke atas dengan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan, seekor kucing putih menggenggam tiang hijau sambil bergerak ke atas dan ke bawah. Aksinya diteruskan lagi dengan berpusing ke arah belakang pentas.

Kemudian kucing betina bernama Isis itu cuba berdiri sambil menggunakan kaki kirinya ke belakang untuk menolak sebuah kereta mainan selepas seorang kakitangan berkejar-kejar untuk duduk di atas kereta mainan itu.

Latihan tersebut merupakan aksi terbaik untuk pertunjukan sarkas Acro-Cats. Bagaimanapun, sebaik sahaja orang ramai memasuki dewan kecil Chicago, Isis tidak dapat menerima arahan dengan baik.

“Cepat Isis. Cepat. Cuba sekali lagi. Ayuh kita saksikan persembahan,” jerit jurulatihnya yang kemudian memberi isyarat untuk senyap seketika.

Lantas, audiens ketawa, menepuk tangan sambil tidak sabar-sabar untuk menyaksikan helah seterusnya yang dilakukan oleh kucing jinak itu. Tetapi ia cukup mengecewakan penonton.

Seekor kucing hitam memusingkan sebiji bola jaring merentasi palang selari dengan tangan depannya, manakala kucing belang pula menaiki papan luncur untuk menjatuhkan penipu.

Tidak profesional

Selain itu, ia diikuti dengan aksi lincah kucing berwarna kelabu yang melompat melalui gelung. Ia diteruskan lagi dengan telatah kucing putih dan seekor ayam yang berlawan menghasilkan bunyi loceng. Akhirnya, ayam tersebut memenangi pertandingan tersebut.

Selepas tiga tahun memperkenalkan sarkas kucing, Samantha Martin mempelajari banyak perkara mengenai penghinaan awam dan jenaka yang merendahkan diri sendiri.

“Sepanjang terlibat dalam pekerjaan ini, kucing merupakan haiwan yang paling tidak profesional,” katanya selepas melalui pengalaman buruk apabila kucingnya tidak mempamerkan kehebatan ketika melakukan persembahan.


KUCING juga boleh membuat persembahan sarkas dengan syarat mereka mendapat latihan secukupnya.

Sebaliknya, penonton sangat teruja dengan sifat cerewet kucing-kucing itu dengan panggilan diva.

Seperti biasa, dewan Chicago akan dipenuhi dengan orang ramai dan Gorilla Tango Theatre sentiasa menambah persembahan menarik.

Persembahan jalanan diteruskan sambil memandu koleksi haiwan aneh untuk dipamerkan ke Kansas, Missouri, Iowa dan Indiana.

“Ramai berpendapat apa yang dilakukan itu merupakan perkara yang paling menarik di dunia. Malah ramai yang ingin berbicara mengenai kucing masing-masing,” beritahu Penyelaras Pemasaran Gorilla Tango Theatre, Kelly Williams.

Bagi Jeffrey Husserl sekeluarga yang membela dua ekor kucing, mereka begitu kagum menyaksikan Acro-Cats yang mampu melakukan pelbagai aksi.

Aksi bersahaja

Persembahan yang paling mengagumkan apabila Rock Cats dipanggil meluncur keluar dari kotak lalu menarik keluar gitar mainan.

Kemudian ia diteruskan lagi dengan mengetuk set dram dan bunyi piano.

“Saya memang menyukai persembahan kucing itu. Aksi mereka sungguh menyeronokkan,” cerita Husserl sementara menunggu isterinya membeli seekor kucing yang jinak itu.

“Saya gemar melihat aksi kucing yang cukup bersahaja. Ia bertambah menarik apabila kucing tersebut mampu melakukan aksi yang mungkin mereka tidak boleh lakukan sebelum ini,” beritahu Martin.

Katanya, haiwan seperti ikan emas juga boleh melakukan aksi aneh sekiranya mereka dilatih.

Kesemuanya berjaya dilakukan apabila haiwan diberi arahan yang jelas dan jurulatih banyak sabar.

Kucing misalnya, mereka merupakan haiwan yang bijak. Mereka memerlukan tunjuk ajar dan teknik yang bagus untuk menghiburkan orang ramai.

Jelas Martin, kucingnya mula mengganggu dirinya untuk memulakan latihan dengan aksi tersendiri menggunakan peralatan sambil berjalan.

Berlakon filem

Walaupun mempunyai pengalaman melebihi dua dekad, sebagai jurulatih haiwan Martin berpendapat, sesiapapun boleh melatih kucing untuk melakukan apa sahaja.

“Ayam merupakan haiwan yang profesional untuk bekerja, manakala kucing tidak begitu memuaskan kerana haiwan itu perlu dilatih dengan sebaik mungkin. Kini saya memulakan tugas untuk melatih tikus,” kata Martin.


WALAUPUN comel, aksi kucing-kucing ini belum tentu dapat menarik perhatian khalayak.

Kisahnya mula diketahui umum pada tahun 1989 apabila sebuah syarikat televisyen tempatan menyiarkan berita mengenai Rat Lady. Martin dijemput dalam satu rancangan temu bual Geraldo, Jay Leno.

“Tetapi, ia terpaksa diberhentikan kerana ramai yang tidak menyukai tikus. Jadi, saya lebih selesa untuk beralih kepada binatang eksotik seperti ular, lipas, beruang kecil dan babi,” terangnya.

Sehinggalah dia mula menyedari bahawa bidang yang diterokanya itu melencong jauh daripada cita-cita asalnya iaitu melatih haiwan untuk berlakon filem.

Dia bercadang untuk mendalami kehebatan kucing kerana haiwan tersebut mempunyai daya penarik.

Namun, tidak lama kemudian dia mengetahui kucing-kucing itu gementar semasa mengadakan persembahan kerana tidak bekerja dengan konsisten.

Lalu, Martin meneruskan persembahan bersama kucing-kucing peliharaannya yang tidak henti-henti memberi aksi melucukan. Pada awalnya, Martin agak keberatan untuk menyatakan jumlah keseluruhan kucing yang dibelanya. Dianggarkan, dia memiliki 20 ekor kucing sehingga menyebabkan dia tidak berkahwin.

Sebenarnya, dia enggan mendirikan rumah tangga. Sambil melawak, Martin memberitahu, kos untuk menyara lelaki lebih mahal.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: