Skip to content

Elyana dan Khairul saling melamar sebelum buat keputusan bertunang

12 July, 2009

BIARPUN hubungan cinta kedua-dua pasangan ini pernah dilanda masalah hingga mereka terpaksa berpisah beberapa bulan, namun atas dasar cinta yang kuat Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bersama pasangannya Khairul Anuar Haji Husin bertunang semalam dalam majlis yang sederhana.

Elyana bersama tunangnya, Khairul.

Elyana-Khairul pernah saling melamar sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

“Saya ada melamar Khairul, Khairul pun ada melamar saya. Seingat saya masa kami saling lamar-melamar itu pada akhir tahun lepas.

“Semua ini adalah hikmah dari masalah perhubungan kami yang berlaku. Pada satu hari saya terfikir yang saya perlu buat sesuatu dalam hubungan kami, jadi saya ambil keputusan lamar dia(Khairul),” jelas Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini.

Tambah Elyana juga, setiap perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan cinta mempunyai sebab dan hikmahnya sendiri.

“Sebelum hubungan kami dilanda masalah, saya tak sedar langsung akan kebaikan yang kami ada dalam hubungan kami, bila tiba-tiba kami berpisah baru saya terasa kehilangan dan saya sedar betapa berharganya Khairul dalam hidup saya,” kata Elyana.

Khairul yang telah menjadi pilihan hati Elyana turut ditemuramah media dan mengatakan dia telah melamar Elyana sebanyak tiga kali.

“Kali pertama saya lamar dia(Elyana) pada dua tahun lepas, tapi masa itu dia masih muda lagi jadi lamaran saya tidak diterima. Kali kedua pada tahun lepas dan kali ketiga pada akhir tahun lepas.

“Lamaran kali ketiga itulah kami saling melamar dan lamaran saya telah diterima pada waktu itu. Pada waktu saya dilamar Elyana, saya sangat tak sangka, saya terkejut dan terharu waktu itu,” kata Khairul yang mengusahakan sebuah resotran makanan Jepun di Bangsar.

Elyana juga mengatakan dia telah bersedia untuk menjadi isteri kepada Khairul dan memiliki sebuah keluarga.

“Saya sangat-sangat bersedia untuk menjadi seorang isteri. Saya telah lama inginkan sebuah keluarga dan hari ini adalah hari yang saya tunggu-tunggu.

“Bagaimanapun, saya masih ada perasaan takut dan gembira. Saya gembira kerana saya telah menjelajah ke alam baru dan takut jika saya tidak dapat berikan yang terbaik kepada pasangan saya nanti,” kata penyanyi dan pelakon ini.

Kakak kepada Khairul, Razika Haji Husin menyarungkan cincin pertunangan ke jari Elyana.

Bagi Khairul pula, majlis pertunangan ini adalah hari yang ditunggu-tunggunya dan wajah kegembiraan terpancar diwajahnya.

“Saya happy sangat2…saya harap semuanya akan berjalan lancar,” kata Khairul.

Pasangan ini turut ditanya berkenaan konsep perkahwinan mereka nanti dan mereka lebih gemar kepada konsep yang sederhana tetapi masih tidak mahu menceritakan kerana ingin membuat kejutan.

Pasangan ini mula berkenalan pada 9 April 2006 dan kini sudah hampir tiga tahun mereka berkenalan. Khairul pada mulanya langsung tidak mengetahui Elyana adalah seorang artis.

Elyana juga tidak memperkenalkan dirinya seorang artis, sebaliknya mengatakan dia hanya membantu ibunya menjual ‘Tupperware’.

Sifat ceria dan nakal yang ada pada Elyana inilah yang telah berjaya menawan hati Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Majlis pertunangan Elyana hari ini telah dilangsungkan dalam majlis yang sederhana di Jeumpa D’ramo yang bertempat di Bangsar. Konsep yang dipilih oleh Elyana sekeluarga adalah ‘Glam Punk Traditional Contemporary’.

Majlis pertunangan Elyana juga nampak berseri dengan sentuhan dan gabungan idea kreatif dari dua pakar dalam industri fesyen, Datin Lynda Rahim dari Butik Lynda Rahim Kuala Lumpur dan Zery Zemry dari Butik Zery Zemry Couture, Shah Alam yang turut menaja pakaian Elyana pada hari ini.

Elyana juga telah memilih Saidatulnisa sebagai jurusoleknya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: