Skip to content

Rahsia Felda RM1 juta

13 July, 2009

Warga Felda Ulu Belitong berbangga kerana jerih payah mereka selama ini dihargai dengan hadiah RM1 juta.


NAJIB TUN RAZAK (empat dari kiri) menunjukkan replika cek bernilai RM1 juta hadiah untuk johan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2009 yang dimenangi oleh Felda Ulu Belitong, Kluang, Johor kepada Mohd. Din Lazim (empat dari kanan).

CILI Kulai memberi pendapatan sampingan kepada peneroka.



POKOK cili Kulai yang ditanam di halaman rumah peneroka.



MOHD. DIN LAZIM menunjukkan papan tanda yang dihias indah.



LANDSKAP salah sebuah rumah peneroka Felda Ulu Belitong.



PENDUDUK bergotong-royong menyiapkan landskap.



KEINDAHAN bukan hanya satu-satunya kelebihan yang terdapat di Felda Ulu Belitong Labis.

Bahkan masalah vandalisme langsung tidak kelihatan. Justeru tidak hairanlah, Felda terbabit berjaya memenangi Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKKF) 2009, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1 juta sempena Hari Peneroka yang berlangsung di Felda Maokil, Labis, Johor baru-baru ini.

Tinjauan Kosmo! ke Felda terbabit mendapati, dekorasi setiap 23 blok yang menempatkan kira-kira 20 kediaman cukup berbeza antara satu sama lain. Selain itu, hiasan di sepanjang jalan dan papan tanda juga dihias cantik.

Malah, kelibat iklan haram ah long juga langsung tiada. Bahkan, kemudahan telefon awamnya masih dalam keadaan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda terbabit, Mohd. Din Lazim menyifatkan, kemenangan itu berbaloi dengan kerja keras warga Felda tersebut sejak beliau mengambil alih tugas sebagai pengerusi JKKR sejak tiga tahun lalu.

Beliau mengakui, bukan mudah untuk mendapat kerjasama daripada 461 keluarga yang tinggal di kawasan Felda seluas 1,907 hektar itu. Felda tersebut mula dibuka sejak 1978.

Bagaimanapun katanya, beliau bersyukur apabila semua peneroka Felda bersepakat untuk menghias rumah masing-masing dengan mengeluarkan duit poket sendiri tanpa mendapat sebarang bantuan daripada pihak pengurusan Felda.

“Saya mengambil pendekatan ‘rumahku syurgaku’, setiap peneroka bertanggungjawab menghias dan menjaga kediaman mengikut kreativiti masing-masing asalkan nampak cantik dan tidak keterlaluan.

“Memang mengejutkan apabila majoriti hiasan rumah cukup kreatif. Ada yang mempunyai kebolehan dalam bertukang dan hasilnya memang lain macam.

“Mungkin, sebab itu tiada masalah vandalisme dilaporkan berlaku di Felda ini kerana masing-masing barangkali segan untuk merosakkan harta benda awam apabila rumah masing-masing berjaya dijaga mereka dengan sempurna,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Mohd. Din, pihaknya akan mengagih-agihkan sebanyak RM1,000 seorang kepada semua 461 peneroka dan bakinya akan digunakan untuk membangunkan Felda terbabit.

Antara pembangunan yang dirancang daripada wang yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu katanya, termasuklah mendirikan kawasan Rawat dan Rehat (R&R). Ia akan memiliki 10 buah kedai, selain dua buah rumah rehat di Felda tersebut bagi memudahan orang luar datang ke situ.

“Saya berharap Felda ini mampu menjadi contoh komoditi penduduk di luar bandar dan pengecualian selama tiga tahun sebelum dapat menyertai semula pertandingan tersebut,” katanya.

Selain Felda Ulu Belitong, turut menerima anugerah ialah Felda Lepar Hilir Dua, Pahang yang memenangi Anugerah Pengurusan Rancangan Terbaik manakala Felda Sahabat Tiga, Lahat Datu, Sabah memenangi Anugerah Khas Komuniti Harmoni.

Bagi Anugerah Projek Edible Garden pula, ia dimenangi Felda Mata Air, Perlis, manakala Anugerah Kepimpinan Cemerlang dimenangi oleh Felda Palong Selandar, Negeri Sembilan.

Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Kemendor, Melaka dan Sekolah Menengah Bandar Pusat Jengka, Pahang pula memenangi Anugerah Sekolah Bestari.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: