Skip to content

Norish nafi tuntut harta sepencarian 5 rumah, 5 kereta

23 July, 2009

SELEPAS didakwa menuntut lima buah kereta dan lima buah rumah seperti yang terkandung dalam hujahan bertulis harta sepencariannya, semalam aktres Norish Karman menafikan dakwaan itu.

Norish Karman.

Pada 17 Julai lalu, peguamnya, Akhbardin Abdul Kader telah memfailkan hujahan bertulis yang menyatakan semua aset itu bagi permohonan tuntutan harta sepencarian oleh Norish di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hartanah itu merupakan sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, dua unit kondominium di Abadi Indah dan Danau Permai yang masing-masing bernilai RM300,000, sebuah kondominium di Seri Hening, Ampang serta sebuah rumah bernilai RM100,000 di Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara kenderaan-kenderaan pula sebuah Nissan Murano, Nissan Elgrand, BMW 6 Series, Stavic dan Toyota Caldina yang didakwa dibeli sepanjang 10 tahun hidup bersama bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

Jelas pelakon drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’ ini, dia hanya menuntut antara pilihan yang ada namun tidak bermakna dia mahukan kelima-lima kereta dan rumah itu sekaligus.

“Saya bukan minta kelima-limanya tetapi memberinya peluang untuk memilih salah satu yang dia mahu berikan kepada saya.

“Apabila bercerai, saya diberi peluang untuk meletakkan apa yang kita nak. Jadi, saya letakkan lima jenis kereta kerana saya impikan kereta ‘four wheel’.

“Kalau dia tak nak beri, terpulang. Tetapi saya perlukan kereta untuk pergi kerja. Rumah pun sama, kalau dia murah hati…,” jawab Norish yang lebih popular dengan gelaran NK.

Dalam dokumen itu, Norish menuntut saham milik Hashimuddin iaitu sebanyak 70 peratus dalam syarikat Perspec Prime (M) Sdn. Bhd. dan saham di syarikat Virtual Peak (M) Sdn. Bhd., selain sahamnya sendiri sebanyak 60 peratus dalam syarikat Bintang Syurga (M) Sdn. Bhd.

Tambahnya, “Saya hanya menuntut apa hak seorang isteri selama hidup 10 tahun bersama dia (Hashimuddin) dan apa yang dituntut itu adalah keperluan asas sahaja.

“Saya ibu kepada anak-anak dan melahirkan mereka, jadi saya hanya menyatakan lima jenis rumah dan kereta yang saya suka dari 100 jenis.

“Selepas dia mengambil semula kereta Nissan Murano, saya hidup dengan meminjam kereta kawan untuk pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Lagipun, bapa anak-anak saya orang kaya.”

Selain itu, Norish turut menuntut agar bekas suaminya memulangkan kereta Nissan Murano atau menyediakan yang seumpama untuk kemudahan anak-anak mereka.

Norish Karman dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada Mei lalu.

Pelakon utama drama bersiri ‘Spa Q 1 dan 2’ ini juga memohon agar Hashimuddin ditegah daripada melakukan perpindahan termasuk penjualan, pajakan, gadai janji atau apa-apa transaksi berkaitan pemilikan harta-harta tersebut.

Sementara itu, dalam hujahan bertulis bagi permohonan tuntutan nafkah tiga anak pula, Norish menuntut RM1,500 sebulan diberikan sebagai nafkah sementara kepada setiap anak mereka.

Keputusan tuntutan ini akan dibicarakan pada 10 Ogos depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Walaupun kes mahkamahnya belum selesai, Norish berkata perkara itu tidak memberikan kesan atau mempengaruhi lakonannya.

Menurut Norish, dia selalu mempersiapkan emosi dan mental yang positif sepanjang melakonkan watak Sofea dalam drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’.

“Kes ini merupakan sesuatu yang berbeza. Saya masih biasa dan tidak boleh terganggu dengan kes itu. Lagipun, bekas suami saya yang perlu memberikan keputusan dengan Hakim Syarie.

“Saya mempunyai hidup tersendiri dan tidak fikirkan yang sesuatu kes itu akan menjatuhkan atau membuatkan saya hilang kawalan,” ujarnya yang telah selesai berlakon watak ‘jahat’ buat pertama kalinya selepas 13 tahun berada dalam industri lakonan ini.

Kata Norish, dia tidak akan mengambil faktor ‘ketegangan’ yang berlaku antaranya dengan bekas suaminya untuk dilampiaskan dalam lakonannya itu.

“Saya melakonkan watak Sofea iaitu seorang yang cepat marah apabila dia tidak sukakan sesuatu itu.

“Jika perlu menengking, saya akan buat seperti nampak saya betul-betul tengking orang tu.

“Jadi, saya tak boleh ambil contoh daripada pengalaman hidup rumah tangga sebelum ini untuk dimasukkan dalam lakonan tetapi mengambil elemen sekeliling.

“Saya perlu berlakon dengan baik kerana saya ingin hidup lebih lama dan anak-anak perlukan saya,” katanya yang turut mengaku agak tercabar dengan watak Sofea.

Cerita Norish, pada mulanya dia ditawarkan watak ‘baik’ bernama Aishah namun cuba mendapatkan watak ‘jahat’ atas alasan sudah biasa mendapat watak ‘baik’.

“Tetapi apabila saya diterima untuk membawakan watak ‘jahat’, saya rasa berat juga pada mulanya kerana apabila bangun pagi sahaja saya perlu bertukar menjadi orang lain.

“Dari situ, saya cuba menyampaikan watak jahat ini melalui imej Sofea seperti rambut, pakaian dan tingkah lakunya.

“Saya cuba menukar tiga stail rambut termasuk menggunakan satu rambut palsu untuk menampakkan Sofea ini jahat dalam latar masa yang berbeza.

“Saya juga menggunakan pakaian berwarna hitam dan merah bagi melambangkan sisi gelap Sofea. Semuanya saya sediakan sendiri termasuk cermin tangan.

“Selain itu, saya hanya perlu marah dan gelak dalam drama ini. Jadi, apabila gelak tu saya cuma gelak seperti orang sakit mental. Begitu juga dengan cara saya menggerakkan mata dan senyuman,” jawabnya yang ‘terpaksa’ mengekalkan watak jahat Sofea hampir setiap hari dalam tempoh dua bulan menjalani pengambaran drama itu.

Norish memberitahu, dia turut mempelajari teknik lakonan dengan menonton beberapa cerita Hollywood yang dilakonkan oleh Nicole Kidman dan tidak hanya mengambil satu sumber semata-mata.

Tambahnya lagi, dia akan kembali menjadi Norish Karman yang asal selepas berada di alam realiti.

Selepas selesai dengan ‘Puteri Aurora Beradu’, Norish akan memasuki pengambaran drama ‘Dilema Wanita’ seterusnya terikat dengan drama bersiri ‘Spa Q 3’ pada Ogos depan.

Saksikan Norish dalam drama bersiri ‘Puteri Aurora Beradu’ yang telah disiarkan di TV3 melalui slot ‘Lagenda’ mulai semalam, 21 Julai, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang dan ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam.

7 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    23 July, 2009 pm

    mcm2 la ko ni..

  2. jelita permalink
    23 July, 2009 pm

    Mcm2 artis malaysia ni kan..

    • puteriaquarius81 permalink
      23 July, 2009 pm

      hi jelita… lama x nampak dlm blog ni? bz ek

  3. 31 July, 2009 pm

    puteri ke.

    • puteriaquarius81 permalink
      3 August, 2009 pm

      puteri pd mak n abah

  4. jelita permalink
    7 August, 2009 am

    haah puteri,jelita bz kit..ni br ok tak bz sgt.

  5. odiyl permalink
    13 August, 2009 pm

    hai puteriaquarius

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: