Skip to content

Ziana Zain selamat lahirkan kembar, akan berpantang 100 hari

23 July, 2009

PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi tadi.

Ziana Zain.

Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir memberitahu mStar Online yang Ziana Zain telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian).

Kata Lisa, “Menurut kata doktOr, Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos tetapi terpaksa diawalkan kerana Ziana mengalami tekanan darah tinggi.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ziana sihat. Anak pertama adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg dan yang kedua perempuan, 1.7 kg.”

Lisa berkata, suami dan keluarga Ziana berada di sampingnya ketika pembedahan itu. Kebetulan suaminya, Armin sedang bercuti.

Ketika ditanya, adakah Ziana bersedia menunjukkan wajah bayinya kepada umum, Lisa berkata, “Ziana seorang yang cukup berdisiplin.

“Gambar baby tidak akan ditunjukkan bawa masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya.

“Dan Ziana akan berpantang 100 hari. Selagi dia belum habis pantang, dia tidak akan tunjuk muka pada media.”

Kata Lisa, Kak Ziana kemungkinan besar tidak akan menagndung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun.

“Ziana juga belum memikirkan nama anak kedua kembarnya.”

3 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    24 July, 2009 am

    waaaah bestnya.. anak kembar, sepasang plak tu.. tahniah ziana

  2. catalina permalink
    3 August, 2009 pm

    ye la kan bukan senang nk dpt twin sepasang lg … lps ni konpem ZZ tutup kedai

  3. jelita permalink
    7 August, 2009 am

    btl 2 bestnyer dpt anak kembar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: