Skip to content

Burnmark belum berkubur

9 June, 2009

BURNMARK sudah bertukar lebih 20 ahli. Malah, kumpulan yang memperjuangkan muzik rock itu pernah menukar nama kepada Naja pada tahun 1990, sebelum setahun kemudian iaitu selepas muncul dengan album berjudul, Asmara, mereka kembali dikenali dengan nama Burnmark.


KEMBALI menyemarakkan Burnmark, (dari kiri), Din, Zainal, Joe dan Taib.

BURNMARK muncul dengan single berjudul Sesuatu Yang Pasti.


Namun di sebalik pelbagai konflik yang melanda, masih tiada tanda-tanda Burnmark mahu menamatkan perjuangan mereka itu.

Mula menceriakan dunia muzik rock tempatan pada tahun 1983 dan album terakhir mereka muncul pada 1992, kumpulan yang kini dianggotai Din, Joe, Syed Zainal dan Taib itu sememangnya sudah lama tidak aktif dan mungkin tidak begitu dikenali generasi muda.

Burmark yang popular dengan lagu Secebis Rayuan dan Makan Ular Jantung jelas ingin bangkit semula.

Sepanjang jangka masa Burnmark tidak aktif, hanya Joe sahaja yang pernah menerbitkan album solo, Jasad Liar. Justeru, Burnmark kini bergabung semula dan telah pun merakamkan single, Sesuatu Yang Pasti sekitar Oktober lalu.

Lagu itu yang sudah berada di pasaran selama sebulan merupakan hasil kreativiti Joe sendiri. “Kami bukannya sudah berpisah tetapi sibuk dengan kerja dan kumpulan masing-masing. Walaupun kami masing-masing menjadi anggota kumpulan lain, keserasian antara kumpulan Burnmark lebih dirasai.

“Jadi disebabkan masih sayang dengan Burnmark, kami membuat keputusan untuk merakamkan lagu semula,” kata Zainal ketika ditemui pada studio Utusan, baru-baru ini.

Sungguhpun mahu memperkenalkan semula jenama Burnmark kepada golongan muda, kumpulan ini hanya merakamkan single dan bukannya album penuh.

“Sekarang tidak ada orang yang merakamkan album lagi. Kita kena ikut trend. Lagipun pasaran album sekarang sangat teruk. Jadi, single tersebut kita jadikan bahan kajian untuk menguji permintaan pasaran.

“Jika lagu kami diterima baik, kami berkemungkinan besar akan memikirkan rakaman album penuh,” jelas pemain gitar Burnmark, Joe.

Masih mengekalkan konsep rock seperti pada permulaan karier, Burnmark berhasrat untuk menyampaikan lagu rock sampai bila-bila. Walaupun genre rock kurang diminati pendengar muzik masa kini, Burnmark yakin ia masih mempunyai pasarannya tersendiri.

Malah, single mereka yang dijual menerusi kawan-kawan dan laman sosial MySpace, Burnmark83 menerima sambutan yang memberangsangkan walaupun belum dijual di kedai.

Belum pernah menjalankan konsert solo, kumpulan itu kini menyimpan hasrat untuk berbuat demikian sekitar penghujung tahun ini.

“Sebelum ini, kami pernah membuat persembahan di pelbagai acara berlainan. Menjadi artis tetamu pada konsert penyanyi lain tetapi tidak pernah menjalankan konsert solo. Jadi strategi kami sekarang adalah untuk merancang satu konsert besar-besaran seperti yang selalu diadakan pada tahun 1980-an.

“Apa yang penting sekarang adalah proses mempromosikan Burnmark. Bila orang sudah mengenali kami, ia memudahkan kami untuk mencari penaja. Kami berharap konsert ini boleh direalisasikan sekitar penghujung tahun ini,” jelas Zainal yang merupakan pemain bass Burnmark.

5 Comments leave one →
  1. flowerHoRN permalink
    9 June, 2009 pm

    hai kmpulan ni dulu penyanyi dia Jeff drumer dia Amy,Din sbgai pemain keyboard ni semua member laki aku Joe guitaris diaorng ni semua org Segamat,kalau diaorng ada baca komen ni msti diaorng knal laki aku PAK ITAM [GEMEREH]……

  2. flowerHoRN permalink
    9 June, 2009 pm

    oooops…trsalah taip la plak joe guitaris 2 bknnya laki aku ,mmber laki aku,kang brperang plak joe ngan bini dia he he he aku mnta maaf….

  3. 10 June, 2009 am

    ooo….bagus flower…terima kasih atas info awak..harap dpt banyak membantu… 🙂 jgn lupa utk register di http://boraksakan.darkbb.com k….

  4. hasri permalink
    9 August, 2010 pm

    ada tak mp3 nie…. share la… huhu…

  5. irfan permalink
    20 December, 2015 pm

    Jgn lupa lagu snooker din keyboard…

Leave a comment