Skip to content

Siti kekal 9 tahun paling popular serantau APM 2009!

20 July, 2009

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, masih mengekalkan popularitinya di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, malam tadi.

Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ketika hadir di Anugerah Planet Muzik (APM) 2009, semalam.

Kemenangan itu sekaligus mengekalkan takhtanya dalam kategori itu selama sembilan tahun berturut-turut.

Bukan itu sahaja, Siti turut meraih kemenangan bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo!.

Aizat (tiga dari kanan) menang dua kategori.

Kedua-dua kategori tersebut diadili menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuka sejak pertengahan bulan Jun lalu.

Selain Siti, Aizat turut memenangi dua anugerah di APM 2009 iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki) dan Lagu Paling Popular (Malaysia) dikira berdasarkan jumlah muat turun.

Kedua-dua kategori itu menang menerusi single pertama dalam album pertamanya iaitu ‘Hanya Kau Yang Mampu’.

Sementara itu, penyanyi Indonesia, Afgan dan kumpulan Yovie & Nuno turut memenangi dua kategori di majlis anugerah yang pertama kali diadakan di negara mereka.

Ayu menjulang trofinya apabila menang kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) menerusi lagu Hanya Di Mercu.

Afgan meraih kategori Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik menerusi album ‘Confession No. 1’ manakala Yovie & Nuno mengungguli kategori Duo/ Kumpulan Terbaik menerusi album ‘The Special One’ dan Artis Indonesia Paling Popular.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan ini termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.

Media Corp. Radio – Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM – serta Beyond Events Sdn. Bhd. merupakan penganjur bersama APM 2009.

Ia turut mendapat kerjasama dan sokongan padu seperti tahun-tahun dahulu daripada Music Award Foundation (Yami) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI).

Afgan rangkul dua kategori terbaik.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:

1) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)- Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)

2) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)- Ayu (Hanya Di Mercu

3) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)-Kotak (Masih Cinta)

4) Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu- Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq

5) Artis Lelaki Terbaik- Afgan (Confession No. 1)

6) Artis Wanita Terbaik- Bunga Citra Lestari (Tentang Kamu )

7) Duo/ Kumpulan Terbaik- Yovie & Nuno (The Special One)

8) Lagu Terbaik- Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)

9) Album Terbaik- Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka

10) Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)- Taufik Batisah

11) Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza

12) Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)- Yovie & Nuno

13) Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)- Datuk Siti Nurhaliza

14) Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)- Impianku (Didicazli)

15) Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

16) Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)- Kul Cinta (Slank)

17) Anugerah Cinta Planet Muzik- Dik Doank

18) Anugerah Khas Planet Muzik- Band Gigi

3 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    21 July, 2009 am

    tahniah utk pemenang, ct nampak sweet pkai bj hitam tu tp nampak cam x pakai tudung walau pun ada pakai, terlampau berpesyen pun susah !

    • puteriaquarius81 permalink
      21 July, 2009 am

      agaknya tu la isu yg nak ditulis psl “siti n isu tudung” tu kut catalina. tu yg smpai xder artikel.. x terkata dah..

  2. jelita permalink
    22 July, 2009 pm

    Erm..payah tol kalo fesyen terlampau ni..

Leave a comment