Skip to content

Letupan bom di Jakarta tidak jejaskan APM 2009

17 July, 2009

LETUPAN bom yang berlaku di dua buah hotel, Ritz-Carlton dan JW Marriott di Jakarta, Indonesia pada pagi tadi dilapor tidak menjejaskan kelancaran Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta, esok.

Hal ini disahkan oleh pihak penganjur, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen.

Amin berkata letupan itu agak jauh dari tempat mereka mengadakan APM, oleh itu ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada majlis berprestij yang melibatkan artis-artis dari Malaysia, Singapura dan Indonesia itu.

“Keadaan agak tenang dan tenteram di sini walaupun ramai yang agak terkejut dengan berita letupan itu.

“Bagaimanapun, ‘show’ (APM) tetap berjalan. Alhamdulillah, kami semua selamat di sini,” jawab Amin.

Sejak lapan kali penganjurannya hanya Malaysia dan Singapura yang menjadi tuan rumah.

Tetapi buat pertama kalinya APM 2009 dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam (waktu tempatan) esok di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan, Jakarta dan akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, pukul 9 malam.

Majlis yang dihoskan oleh Aznil Nawawi bersama pengacara dari Singapura dan Indonesia itu akan diserikan dengan persembahan artis seperti Stacy, Reshmonu, Hujan, Aizat, Dafi, Ayu, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza.

Sementara artis Indonesia yang turut berkongsi pentas adalah ST12, Kuburan, Yovie N Nuno, Kotak, Bunga Citra Lestari, Nidji, Afgan dan Dewi Sandra tidak lupa artis Singapura iaitu Taufik Batisah, Didicazli, Nana dan Hady Mirza.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan ini termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.

Bagi dua kategori iaitu Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular, pemenang diadili secara undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mereka yang ingin mengundi, bolehlah melihat paparan nombor-nombor kod setiap artis di KOSMO! Dan HAI sejak bulan lalu, tidak ketinggalan juga di laman web http://www.sinarfm.com.my iaitu stesen radio Sinar FM selaku radio rasmi, murai.com, Era TV, Chat @ 15, Astro Ria, Awani Pagi dan Gala TV di Astro Awani.

Cara undian adalah dengan menghantar SMS: APM MY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular manakala APM AS1 hingga AS12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Serantau Paling Popular.

Artis Malaysia Paling Popular: Aizat (MY1), Anuar Zain (MY2), Bunkface (MY3), Estranged (MY4), Faizal Tahir (MY5), Hujan (MY6), Mawi (MY7), Meet Uncle Hussain (MY8), Misha Omar (MY9), Siti Nurhaliza (MY10), Stacy (MY11) dan Yuna (MY12).

Artis Serantau Paling Popular: Artis Singapura- Aliff Aziz (AS1), Ahli Fiqir (AS2), Hady Mirza (AS3), Taufik Batisah (AS4); Artis Malaysia- Faizal Tahir (AS5), Hujan (AS6), Meet Uncle Hussain (AS7), Siti Nurhaliza (AS8); Artis Indonesia- Afgan (AS9), Agnes Monica (AS10), Nidji (AS11) dan ST12 (AS12).

Berikut adalah senarai pencalonan bagi setiap kategori:

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki)

Afgan dengan album Terimakasih Cinta, Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Dirly (Sampai Keujung Dunia), Lobow (Kau Cantik Hari Ini) dan Nubhan (Ada Untukmu).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru wanita)

Aura Kasih dengan album Mari Bercinta, Ayu (Hanya Di Mercu), Cinta Laura (Oh Baby), Nana (Lafaz), Stacy (Aku Stacy) dan Yuna (Dan Sebenarnya).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik)

D’Masiv dengan album Cinta Ini Membunuhku, Hello (Ular Berbisa), Hujan (Pagi Yang Gelap), Kotak (Masih Cinta) dan ST12 (Puspa).

Kolaborasi terbaik dalam lagu

(a) Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq; (b) Bersamamu (Artis: Joe Flizzow feat Joeniar Arief, penggubah lagu (songwriter): Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed, dan penulis lirik: Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed); (c) Hikayat Cintaku (Artis: Glenn feat Dewi Persik, penggubah lagu: Glenn Fredly, dan penulis lirik: Glenn Fredly); (d) Kepadanya (Artis: Taufik Batisah feat Hady Mirza, penggubah lagu: Taufik Batisah, dan penulis lirik: Taufik Batisah); (e) Mantera Beradu (Artis: Malique feat M. Nasir, penggubah lagu: Malique, D’Navigator & M. Nasir, dan penulis lirik: Malique & M. Nasir) dan (e) Sujud (Artis: Mawi & KRU, penggubah lagu: Edry, dan penulis lirik: Edry).

Artis lelaki terbaik

Afgan dengan album, Confession No. 1, Aizat (Percubaan Pertama), Reshmonu (Harapan), Taufik Batisah (Suria Hatiku) dan Tompi (My Happy Life).

Artis wanita terbaik

Bunga Citra Lestari dengan album, Tentang Kamu, Misha Omar (Misha Omar), Mulan Jameela (Mulan Jameela), Nikki (Hawa) dan Siti Nurhaliza (Lentera Timur).

Duo atau kumpulan terbaik

Andra & The Backbone dengan album, Season 2, Hujan (Hujan), Kotak (Kedua), ST12 (Puspa) dan Yovie & Nuno (The Special One).

Lagu terbaik

(a) Dia Milikku dengan album The Special One, artis: Yovie & Nuno, penggubah lagu: Yovie Widianto dan penulis lirik: Yovie Widianto. (b) Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring) (c) Matahariku (Album: – , artis: Agnes Monica, penggubah lagu: Pay & Dede dan penulis lirik: Yuan Passer) (d) Pagi Yang Gelap (Album: Hujan, artis: Hujan, penggubah lagu: Noh Hujan dan penulis lirik: Noh Hujan) (e) Terimakasih Cinta (Album: Confession No 1, artis: Afgan, penggubah lagu: Mario Tobing dan penulis lirik: Mario Tobing) dan (f) Terserah (Album: Private Collection, artis: Glenn Fredly, penggubah lagu: Glenn Fredly dan penulis lirik: Glenn Fredly)

Album terbaik

Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka; Hujan (Artis: Hujan, Produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka); Kedua (Artis: Kotak, Produser: Pay); Percubaan Pertama (Artis: Aizat, Produser: Dato Amdan, Mujahid & Aizat); The Special One (Artis: Yovie & Nuno, Produser: Yovie Widianto & Jan Djuhana).

Artis Singapura paling popular – berdasarkan SMS

Aliff Aziz, Didicazli, Fauzie Laily, Hady Mirza, Hyrul Anuar, Imran Ajmain, Merah, Nurun Nuwarrah, Sleeq, Taufik Batisah, The Sallys dan Zaibaktian.

Artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS

Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.

Artis Indonesia paling popular berdasarkan SMS

Afgan, Agnes Monica, Bunga Citra Lestari, D’Masiv, Gita Gutawa, Hijau Daun, Kotak, Nidji, ST12, The Changcuters, Ungu dan Yovie & Nuno.

Artis serantau paling popular berdasarkan SMS

Singapura: Aliff Aziz, Ahlifiqir, Hady Mirza dan Taufik Batisah.Malaysia: Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain dan Siti Nurhaliza.Indonesia: Afgan, Agnes, Nidji dan ST12.

Lagu paling popular (Singapura) berdasarkan SMS

Andai oleh artis Merah, Berserah (Taufik Batisah), Gelora Jiwa (Raven), Impianku (Didicazli), Kau Ingin Ku Miliki (Nurun Nuwarrah), Lafaz (Nana), Lelaki Baru (Zaibaktian), Novela Cinta (Ross Revalina), Pilihan Aku (Sleeq), Rela Setia (Didicazli), Sementara (Cradle) dan Teman Istimewa (Taufik Batisah).

Lagu paling popular (Malaysia) berdasarkan jumlah muat turun

Lagu paling popular (Indonesia) berdasarkan jumlah muat turun.

Anugerah Cinta Planet Muzik – khas untuk artis atau organisasi yang memberikan sumbangan tanggungjawab sosial. Contohnya, artis, Zainal Abidin menjaga alam sekitar.

Anugerah Khas Planet Muzik – ditujukan kepada insan seni yang terus-menerus memberikan sumbangan terhadap industri muzik

2 Comments leave one →
  1. catalina permalink
    19 July, 2009 pm

    thn ni x best la APM mcm x de umph !!! tiap kali artis kita perfome penonton buat dek sj nk sorak pun “malas2” .. maklum la bkn tempat sendiri … lagi satu masa GG bg ucapan mcm x puas ati dgn media kita alahai itu pun nk ambik pot, sedangkan media kt sana lg la laser, pasal SLANK tu aku nk kata ‘mcm org bodo’

  2. catalina permalink
    19 July, 2009 pm

    pengacara pun mcm kurang sgt bcakap, serba serbi x best

Leave a comment