Skip to content

Gay, artis songsang

21 June, 2009

KUALA LUMPUR: “Selama lima tahun saya ‘mencuba’ pelbagai jenis manusia. Daripada pelajar universiti, eksekutif, penganggur hinggalah artis.

LIAR... Jack terjebak dalam gaya hidup bebas <br>golongan gay.
LIAR… Jack terjebak dalam gaya hidup bebas
golongan gay.


“Saya pernah mengadakan ‘hubungan songsang’ dengan dua pelakon yang masing-masing tidak saya sangka turut mempunyai naluri seperti saya,” demikian pengakuan seorang gay yang mahu dikenali sebagai Jack, 35.

Bapa tunggal ini mengakui semakin hanyut dalam dunia penuh noda dan dosa itu selepas terpengaruh dengan rakan. Dia sanggup meninggalkan isteri dan anak selepas tenggelam dalam keseronokan dunia songsang yang dipilihnya.

Menurut Jack, dia bukan jenis yang memberi tumpuan kepada individu tertentu kerana sesiapa saja yang menarik minatnya akan cuba didekati sehingga berjaya ditawan.

“Saya berpeluang ‘mencuba’ dua artis itu atas bantuan rakan. Sebenarnya, golongan seperti saya seolah-olah ada kumpulan tersendiri.

“Kebetulan dua artis itu termasuk dalam kumpulan rakan saya dan kami berkenalan sehingga ‘terlanjur’,” katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui baru-baru ini.

Jack berkata, hubungannya dengan dua artis itu hanya berlangsung dalam jangkamasa singkat kerana masing-masing sibuk ‘memburu’ pasangan baru yang menepati citarasa mereka.

“Adalah dalam dua hingga tiga kali kami ‘bersama’. Selepas itu kami jarang berjumpa. Jika berjumpa sekalipun sekadar melepak bersama komuniti kami,” katanya.

Menurut Jack, sepanjang lima tahun bergelumang dalam dunia gay, dia pernah menemui beberapa artis yang memiliki nafsu songsang sepertinya.

“Selain dua pelakon yang pernah saya ‘tiduri’, sepanjang berkumpul dengan komuniti kami, ada saya terjumpa antara dua hingga tiga artis lain.

“Mereka ada pasangan sendiri dan yang dapat saya simpulkan, mereka bijak menyembunyikan sikap sebenar mereka pada mata masyarakat,” katanya.

Jack berkata, dia kini berpasangan dengan seorang penuntut universiti dan cuba mendekati seorang eksekutif yang baru dikenalinya beberapa minggu lalu.

“Asalkan pasangan saya mampu memenuhi kehendak saya, saya sanggup memberi apa yang diminta, tetapi bergantung kepada kemampuan saya. Kebiasaannya saya beri wang belanja dan tolong bayarkan sewa rumah,” katanya yang bekerja sendiri.

Menurut Jack, apa yang berlaku kepada dirinya umpama individu yang ketagihan dadah.

“Saya mengaku nafsu songsang saya buas. Setiap minggu saya ‘perlukannya’. Untuk lebih seronok, saya sanggup membawa pasangan saya ke pusat peranginan seperti ke Genting Highlands dan Port Dickson untuk bermalam di situ,” katanya.

Jack berkata, sehingga kini dia masih tercari-cari punca mengapa dia boleh terjebak dalam dunia songsang berkenaan.

“Saya jenis ‘kaki enjoy’. Satu hari seorang rakan mempelawa saya ke sebuah kelab di ibu kota untuk berhibur.

“Kami berhibur di kelab yang hanya dipenuhi lelaki. Pelbagai aksi kekasih sama jenis dapat saya lihat dan saya pula mendapat ramai kenalan baru di situ hinggalah selepas beberapa kali ke kelab itu saya ada pasangan sendiri dan sejak itu saya mula mengenali apa itu gay,” katanya.

Menurut Jack, dia mengakui pemahaman ilmu agama yang cetek membuatkan dia tidak ragu-ragu mencuba perkara baru dalam hidupnya.

“Saya seronok pula apabila mengamalkan gaya hidup songsang. Sekali mencuba, saya berasa seperti ada kelainan dan keseronokan. Saya seolah-olah masuk ke satu dunia baru yang belum pernah saya nikmati seumur hidup saya,” katanya.

Jack berkata, dalam tempoh dua bulan, dia mula mengabaikan isteri dan anaknya. Lebih dahsyat lagi, nafsunya terhadap isterinya semakin berkurangan.

“Dalam tempoh dua bulan, saya ada lima pasangan baru. Saya tidak balik ke rumah, sebaliknya lebih gemar tidur di rumah pasangan saya.

“Kesudahannya, isteri dan anak saya abaikan dan rumah tangga saya hancur,” katanya.

Jack berkata, selama lima tahun bergelumang dalam dunia gay, belum terdetik rasa insaf di dalam dirinya.

“Saya seronok begini. Selain ada pasangan sendiri, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad saya ke beberapa kelab di Jalan P Ramlee, Jalan Changkat, ‘Heritage Row’ dan Lorong Yap Kwan Seng untuk berhibur bersama golongan sama seperti saya dan pada masa sama mencari pasangan baru,” katanya.

*********

Golongan ini umpama virus membunuh diri sendiri

KUALA LUMPUR: Gaya hidup songsang Jack, 35, yang sanggup menjalin hubungan seks rambang terhadap pasangan sejenis boleh diibaratkan umpama virus dan parasit yang akan membunuh individu itu.

Itu penjelasan pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah, yang menyelar gaya hidup dijalani Jack sehingga sanggup meninggalkan rumah tangga yang pernah didirikan semata-mata menurut hawa nafsu.

Daud berkata, individu yang memilih jalan hidup sedemikian tidak ubah seperti hidup dalam fantasi dan khayalan kerana mereka sebenarnya mendapat nikmat hidup yang dilaknat.

Katanya, golongan demikian sewajarnya ‘dihukum’ memandangkan ia perbuatan jijik yang sangat ditegah dalam agama selain memberi aib kepada keluarga, termasuk bekas isteri dan anak.

“Daripada pengalaman saya, golongan yang menjalani hidup songsang sukar dipulihkan. Malah, ada yang sampai tahap tegar dan tidak boleh dinasihatkan lagi.

“Dalam Islam, individu yang hidup dengan cara begitu wajib bertaubat. Jika enggan berbuat demikian, mereka wajar dihukum, termasuk dibunuh,” katanya.

Menurut Daud, tiba masanya pihak berkuasa serta jabatan agama mewujudkan hukuman dan undang-undang jelas bagi menangani masalah terbabit.

Katanya, yang membimbangkan, masalah terbabit semakin kerap berlaku, namun sampai sekarang belum ada ‘penawar’ untuk mengatasinya.

“Mereka golongan yang ‘berpenyakit’. Tidak kira dengan apa cara sekalipun, perlu ada jalan untuk membuang masalah terbabit daripada terus merebak.

“Tidak ada perkara yang ditegah dalam agama jika ia tidak membawa musibah. Dalam hal begini, kembali kepada jalan agama adalah pilihan tepat,” katanya.

Beliau turut menyarankan mana-mana keluarga, terutama isteri yang mendapat suami yang memiliki naluri songsang, supaya merujuk pakar agama dan meminta suami kembali ke pangkal jalan.

“Jika dibiarkan, suami akan menjadi lebih teruk. Itu menimbulkan pelbagai kesan tidak baik kepada isteri dan anak mereka jika tidak berbuat demikian.

“Isteri berhak mencari jalan penyelesaian wajar dan jangan membuat diri ‘menderita’ dengan jalan hidup salah yang dipilih suami.

“Jika tiada jalan lain dan suami enggan bertaubat, tidak salah isteri meminta untuk berpisah,” katanya.

Siapa artis ni korang rasa….????jeng…jeng…jeng….

6 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    22 June, 2009 am

    aduhaiii..

  2. jelita permalink
    22 June, 2009 pm

    aduii..ape nak jd nih??

    • nik permalink
      19 May, 2010 am

      kesemua berlaku adalah kurang pendedahan agama…dan ingatlah kita tanda2 kecil hari kiamat sudah pun berlaku…iaitu

      Tanda-tanda kecil kiamat
      Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

      Penaklukan Baitulmuqaddis
      “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari[1] ”

      Zina bermaharajalela“ “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim ”

      Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
      Bermaharajalela alat muzik
      “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah ”

      Menghias masjid dan membanggakannya
      “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai. ”

      Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
      “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim ”

      Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
      Ramai orang soleh meninggal dunia
      “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad ”

      Orang hina mendapat kedudukan terhormat
      “ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani ”

      Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
      “ “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad ”

      Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
      “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
      “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” ”

      Bulan sabit kelihatan besar
      “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani ”

      Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
      “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim ”

      Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
      “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad ”

      Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
      “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim ”

      Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
      Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
      “ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar.” – Riwayat Bukhari ”

      Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
      “ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai ”

      Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

      Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

      Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

      Orang akan melakukan homoseksual.

      Akan terdapat ramai anak luar nikah.
      – Abdullah Ibn Mas’ood (R.A.)

      Berkurangnya sifat amanah

      Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

      Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

      Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

      Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

      Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

      Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

      “ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi ”

      Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

      Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara…

      Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

      Memandang rendah kepada darah

      “ Rasulullah bersabda: “Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya.” – Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

      Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

      “ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

      Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

      “ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun” – Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

      Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
      “ “Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: ‘Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'” – Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

      Banyaknya berlaku gempa bumi
      Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
      Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
      “ “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan – Sahih Bukhari[2] ”

      Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

      Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.

      Inilah serba sedikit saya berikan sebagai renungan…dan ingatlah sblm Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W wafat dia berpesan kepada umat kesayanganya”aku meninggalkan 2 perkara iaitu Al Quran dan Hadith, dan jika kamu berpegang kepada kedua2nya, kamu tidak akan sesat sampai bila2.

      Tapi ingatlah yang pasti Al Quran dan Hadith bukan sekadar dibaca atau dijadikan buku cerita sahaja, segala2nya ada didalam nya. Kurang nya institusi pendidikan agama pun menjadi punca juga. Tapi yang pasti banyak juga GENERASI MUDA YANG TIDAK DAPAT MEMBACA AL QURAN.

      Inilah dapat saya komen dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama, jika ada kekurangan silalah per betulkan.

      Dan ingatlah Allah S.W.T mempunyai 20 sifat, diantaranya dia lebih mengetahui perkara sebelum dan selepas. Berbanding kita yang hanya mengetahui perkara yang sudah berlaku.

      Dan Tuhan kita ni memang sgt penyayang, diantara kita di cipta kisah nya..

      Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:

      “Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu.”

      Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

      “Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya.” [Al-Baqarah 2:30]

      Berdasarkan perkara diatas tadi kita mesti tahu musuh kuat iaitu syaitan atau iblis…kisah nya..kita nersambung lain kali lah banyak sangat.

      Maaflah banyak sagat komen ni sbg renungan yer…

      Assalamualaikum kepada semua saudara-saudariku yang dikasihi…

  3. 14 May, 2013 pm

    hurmmmm…..aku pom sama susah nk berubah malah bile tngok lelaki yg aku suka hati aku terus bergelora hanyut….aku berharap aku mndapt hidayah suatu hari nanti… 😦

    • nurul permalink
      1 January, 2014 pm

      gay sngt rezuan ni..euwwkk!!!

  4. c2u permalink
    31 March, 2015 am

    Cakap memang senang… sb Allah x uji nafsu kamu begitu… pgalaman sy sdri… bila Ia datang mengeletar tubuh badan menahan… bila telanjur mnagis teresak2 siapa tahu…. kekadang rasa x mahu hidup…. Saya usaha sehingga d gelar ustaz…. bukan mudah.kerana Ia Amat tersiksa… ingin merasa bgaimana prasaan lelaki yg tidak mempunyai nfsu sperti ini…. maafkan sy… hnya mluah…

Leave a comment