Skip to content

Pelakon Melayu Lari Bogel Elak Tangkap Basah!!

5 June, 2009

Seorang jejaka MELAYU telah lari tanpa baju (bogel) kerana mengelak dari pasukan tangkap khalwat pejabat agama. Ketika itu, dia cuba ditahan kerana berkhalwat dengan penolong penerbit rancangan itu di sebuah apartmen 10 tingkat, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.  Pelakon itu dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu.  Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang mongel dan seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.


Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu.

Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik. “Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ. “Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.

Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.

Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni.  “Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.

“Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya. Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi. Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen. Perempuan terbabit adalah seorang bekas pengacara dan penolong penerbit sebuah drama. [Hmetro]

Adakah anda boleh teka siapa jejaka ini? Clue nya, pelakon drama cerita seram, kekasih bekas pengacara dan seorang penerbit drama.

7 Comments leave one →
  1. flowerHoRN permalink
    5 June, 2009 pm

    jeng jeng jeng……..Hairie Othman ke he he he aku teka jerk

  2. catalina permalink
    6 June, 2009 am

    mcm2 .. sapa la agaknya

  3. 6 June, 2009 am

    Pierre kot….ntahla…korang pandai2 la jawab yea…huhuhu….

  4. Kak Su permalink
    6 June, 2009 pm

    Yg ada berlakon drama seram ni ..em..Zizan nin..zed zaidi…sape nama pelakon anak betong yg jahat tu..yg len2 tak ingat

  5. 6 June, 2009 pm

    kaksu sape yea pelakon tu? p.s jgn lupa sign guestbook yea…

  6. gula permalink
    9 June, 2009 am

    malas nak teka gtau ja la

  7. jelita permalink
    10 June, 2009 am

    Sape la agaknyer yerk??

Leave a comment