Skip to content

Sarimah tetap bimbing bekas suami dalami Islam

9 June, 2009

PUAS sudah pengacara Sarimah Ibrahim, 31, berusaha untuk memulihkan rumahtangganya dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah, 38, sebelum membuat keputusan bercerai pada hujung bulan Disember 2008 di Amerika Syarikat.

Ketenangan di raut wajah jelita Sarimah sedikit berkocak apabila menghadapi badai rumahtangga -foto ihsan SARIMAH

Dia dan bekas suaminya itu mengambil masa kira-kira tujuh bulan sebelum itu untuk mencari penyelesaian kepada penghujung perhubungan mereka.

“Saya dan Amir ada merujuk beberapa pihak dan menghadiri sesi kaunseling dalam masa tujuh bulan itu setelah kami mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

“Namun, kami tidak pernah melibatkan keluarga sehingga kami sah bercerai. Tetapi selepas itu, barulah kami berbincang dengan famili tentang kehidupan kami selepas ini seperti bayaran itu dan ini.

“Kalau boleh, kami juga tidak mahu hal ini menjadi kecoh-kecoh,” kata Sarimah yang baru bersedia untuk ditemubual pada hari ini.

Bertitik tolak daripada tarikh penceraian yang dirahsiakan oleh Sarimah namun katanya dalam 20 hingga 31 Disember lalu, dia dan Amir menerima penceraian ini sebagai takdir Allah tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

Gambar kenangan bersama bekas suami, Amir.

Perceraian itu berlaku di Amerika dan telahpun difailkan di Ireland, tempat Sarimah dan Amir bernikah dulu.

Kata Sarimah dalam ayat yang penuh bermakna iaitu cerai adalah ‘pilihan paling tepat dan paling elok’.

“Tuhan dah takdirkan saya dan Amir tidak boleh bersama. Jadi, lebih kami sama-sama hanya menumpukan kepada kerja masing-masing

“Saya ambil masa untuk bekerja, berfikir dan betulkan kesilapan lepas. Pilihan sudah dibuat dan muktamad.

“Jika ditanya samada saya masih rasa sayang kepadanya, mestilah ada kerana tipu kalau saya menafikannya.

“Saya lihat sesetengah orang yang jodoh tidak kesampaian tetapi tetap berkawan baik. Harap-harap dua-dua akan gembira dan dapat cari pasangan yang lebih baik antara satu sama lain,” kata hos Diari Akademi Fantasia (AF) 7 dan 10 episod Diari INT yang turut menafikan masalah perpisahan mereka dikatakan berpunca daripada orang ketiga.

Tambahnya, dia sentiasa percaya kepada cinta dan tidak pernah serik untuk mendirikan rumahtangga lagi selepas ini tetapi dia akan lebih berjaga-jaga dalam soal cinta..

Perceraian membuat Sarimah lebih tabah hadapi kemungkinan masa depan -Foto mStar oleh Ehfan Shah

“Maksudnya, dari luahan perasaan dan cara kita kenal seseorang itu tetapi kita tidak boleh kawal apa yang telah dirancang.

“Insya-Allah, satu hari nanti saya nak pasangan hidup yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar. Misalnya, apabila berkahwin dengan lelaki mualaf, banyak yang saya kena ajar

“Saya bercakap seperti ini bukan soal kaum atau budaya tapi keserasian.

“Apabila sudah berkahwin, baru kita tahu tentang pasangan kita,” ujar wanita kacukan Melayu-Irish ini.

Banyak pengajaran lain yang ditimba olehnya disebalik perpisahan itu yang mungkin boleh dijadikan ikhtibar.

“Bagi saya kesetiaan amat penting dan jangan mainkan perasaan orang. Apabila kita sudah kenal seseorang itu, kita perlu sentiasa ikhlas dan bercakap benar dengan orang itu.

“Kalau boleh biarlah pasangan kita tahu segala keburukan kita dan jangan kita simpan.

“Saya tak suka gali dan cari kesilapan orang lain tetapi biarlah orang itu beritahu terlebih dahulu,” kata Sarimah dengan tenang.

Sesekali riak ceria timbul apabila mengingatkan yang walaupun dirinya telah berpisah dengan Amir, namun mereka masih berkongsi Molly iaitu seekor kucing yang pernah dibela bersama.

Sarimah juga masih berkawan dan memberi panduan kepada Amir tentang selok-belok agama.

“Amir masih seorang muslim dan saya harap dia tidak tenggelam sebagai seorang muslim. Jadi, sebab itu dia masih berkawan dengan saya dan keluarga.

“Kami banyak perjanjian. Saya cuba yang terbaik dalam membimbingnya dan ada juga menulis nota untuk dia membaca dan menghafal surah-surah tertentu.

“Kadangkala saya mengingatkannya tentang solat kerana saya masih mempunyai tanggungjawab untuk membimbingnya dan membawanya dalam agama Islam,” tutur Sarimah yang telah mengenali Amir sejak sembilan tahun lalu.

Sarimah dan Amir diijabkabulkan di Masjid Dublin, Ireland pada 13 Mei 2006.

2 Comments leave one →
  1. PlanetLeo.com permalink
    9 June, 2009 am

    “Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
    kenangan”

    “Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
    lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
    iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
    lautan hidup ini.”

  2. puteriaquarius81 permalink
    10 June, 2009 am

    btl btl btl…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: