Skip to content

Jangan Biarkan Isu Manohara jadi Seperti Altantuya

4 June, 2009

Kerajaan Malaysia mesti menangani isu pergolakan rumahtangga membabitkan Tengku Temenggong Kelantan dan isteri beliau dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak menjadi buah mulut dan bahan berita media antarabangsa sebagaimana terjadi kepada kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP), Hassan Tantawi berkata skandal pembunuhan Altantuya telah memburukkan imej dan nama baik negara kerana Perdana Menteri Najib Razak enggan mengambil sebarang tindakan bagi membersihkan namanya.

DPPP kata Hassan mengambil serius isu pergolakkan rumahtangga Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra dengan Manohara Odelia Pinot yang mengadu di dera secara seksual, fizikal dan mental.

Dalam satu kenyataan hari ini Hassan juga berkata isu ini bakal menjadi isu besar antara Malaysia dan Indonesia apabila Manohara yang dilaporkan telah kembali kepangkuan ibunya di Indonesia baru-baru ini telah membuat satu tuduhan yang berat terhadap kerabat Kelantan itu.

“DPPP berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik bagi mengelak persepsi negatif dan juga sentimen kenegaraan melampau yang mungkin memburukkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

“DPPP meminta agar pihak berkuasa tidak melihat sahaja perkara ini, tetapi perlu menyiasat dakwaan itu disamping mendapatkan jawapan di pihak Tengku Temenggong.

“Bagi DPPP, ini merupakan krisis rumahtangga yang harus memberikan pembelaan kepada kedua-dua pihak tanpa kita membiarkan persepsi negatif dan prejudis bermain di fikiran rakyat kedua-dua negara.

Hassan berkata lagi adalah tanggungjawab kerajaan membantu membersihkan imej Tengku Temenggong atau membela Manohara jika salah seorang antara keduanya benar.

2 Comments leave one →
  1. jed hijau permalink
    4 June, 2009 pm

    betul tu

  2. alin permalink
    5 June, 2009 pm

    selagi boleh, settle la cara baik jgn lah sampai jadi musuh2…. tu yg nanti bunuh2 lak.. sebab dendam.

Leave a comment